• • • • • • •
Jungkook menekan butang pada kunci kereta miliknya, baju dikemaskan melalui pantulan tingkap bersedia untuk disambut gadis gadis cantik. Tapi entah kenapa sedang dia membetulkan gaya bajunya, dari pantulan cerminnya itu dia terlihat seseorang dipapah hingga ke jalan keluar.
"Min.. Ju?" sebut Jungkook perlahan.
Awalnya dia nak biarkan sebab malas nak masuk campur urusan perempuan tu. Tapi bila dia pandang untuk kali kedua, hati dia rasa tak tenteram.
"Wait, itukan.. Kyu Ri?" sedaya upaya Jungkook mengecilkan bola matanya untuk mengesan susuk figura yang sedang dibawanya.
Min Ju bertukar tangan dengan seorang lelaki berpakaian gelap. Sampul berwarna coklat diberikan berserta Kyu Ri. Pantas Min Ju melarikan diri dari van tersebut setelah mulutnya habis terkumat kamit sendiri. Dalam diam perlahan lahan Jungkook mengintip. Sementara Kyu Ri selamat dimasukkan ke dalam van.
Apabila lelaki itu sedang sibuk mengira wang yang dihadiahkan oleh Min Ju. Jungkook melayangkan kayu yang dia kutip tadinya ke belakang tubuh lelaki itu.
"Arghh!"
"Yaish berani kau sentuh dia huh?"
Si penjahat itu melihat keliling takut sebaik sahaja mata mereka bertembung. Baru Jungkook nak layang penumbuk pada muka lelaki itu, tiba tiba dia melutut dengan tangan yang disulamkan.
"Joseonghamnida Tuan Jungkook!"
"Ohh, kau kenal aku lah eh. Yah perempuan tadi tu yang suruh kau buat benda ni kan?!" bentak Jungkook seraya menarik kolar baju lelaki itu.
Lelaki itu cuma terdiam dengan gaya yang sangat gemuruh dan takut. Bibirnya terketar ketar tidak pasti.
"Arraseo, aku akan telefon polis." Jungkook berlakon mahu menelefon polis tanpa melepaskan kolar lelaki itu.
"Y..Ya! Dia suruh saya culik perempuan ni.. dan.. buang dekat mana mana yang saya nak. Tolong maafkan saya tuan, saya terdesak nak duit. Jebal.. jangan masukkan saya dalam penjara."
Leher lelaki itu dilepaskan seraya ditolak kasar.
"Nak duit cari kerja yang elok, arraseo? Bagi sini duit tu."
Cepat cepat lelaki itu menghulur sampul tersebut kepada Jungkook dengan tangan yang menggeletar. Dia memang mengenali Jungkook, jadi dia tahu lelaki kaya itu akan berbuat apa sahaja dan mungkin akan rosakkan hidupnya.
"Ey tampar pakai duit ni kang. Berambus sana." gertak Jungkook.
Tanpa lengah terincut hincut penjahat upahan yang gagal itu melarikan diri.
Pintu van dibuka kasar, terlihat seorang gadis sedang lena di dalamnya. Tidak membuang masa lagi Jungkook merangkul leher Kyu Ri kemudian mencempung tubuhnya lalu berlari mendapatkan kereta.
Sementara Min Ju masuk ke dalam club dengan gaya termengah mengah. Hampir menarik perhatian semua orang.
"Aera-ssi!" panggil Min Ju.
"Eo, waegurae?"
"Tadi I tunggu Kyu Ri depan toilet but dia tak keluar. Then bila I masuk dia tak ada." bohong gadis itu.
"NAE? Y.. Yah! Dah cari semua tempat?!" pekik Aera.
"Dah.." balas Min Ju yang turut berlakon kebimbangan.
Air mata Aera sudah mengalir deras. Bingkas dia mengambil semua barang barang kemudian bersiap sedia untuk mencari gadis itu. Namun sempat pergelangan tangannya ditahan.
"Isk, bwo?!" tengking Aera kepada Jimin sesaat cuba menghentikan langkahnya.
"Ikut aku."
Aera merentap tangannya, "Shireo! Saya nak cari kawan saya."
Sekali lagi Jimin meraih lengan gadis yang sedang gelisah itu. Dia sudah tidak kisah Jimin tu crush ke apa ke, yang penting cuma sahabat dia sahaja.
"Aku tahu dekat mana kawan kau."
*************
Hospital Hanyang menjadi tujuan utama. Kyu Ri selamat dimasukkan ke dalam wad kecemasan untuk menjalani pemeriksaan. Bimbang Jungkook dibuatnya, melihat gadis yang terbaring seraya ditolak oleh beberapa orang jururawat itu.
Sementara itu Seok Jin kebetulan lalu bertentang arah melihatnya dengan mata yang terbuntang luas.
"Kyu Ri?" ucapnya perlahan.
Dia terlihat Jungkook yang merupakan penjaganya sedang menunggu dengan sabar dan gelisah di bangku pelawat. Jin memberanikan diri menghampiri lelaki itu.
"Kamu penjaga pesakit tadi?"
Jungkook mendongak, "Eo, wae?"
"Dia.. sakit apa?" ragu ragu Seok Jin bertanya.
"Pengsan. Doktor ke?" soalan dibalas soalan oleh Jungkook.
"Ah, masih praktikal. Kamsahaeyo." lelaki itu menepuk bahu Jungkook dua kali sebelum melangkah kakinya pergi.
Walaupun pelik tapi Jungkook biarkan. Mungkin dia sengaja tanya, cuma itu dalam fikirannya.
"KYU RI!"
Dari jauh kedengaran suara Aera menjerit menerpa tubuh Jungkook.
"Mana Kyu Ri?!" bahu Jungkook digoncang, tak difikirnya lagi itu bos atau apa, yang penting sahabatnya.
"D..dekat dalam!"
Jimin tersengih melihat Jungkook yang kepeningan. Sebenarnya Jungkook sempat telefon Jimin supaya bawa Aera ke hospital.
"Apa hal sebenarnya, eung?" Jimin bertanya secara privasi kepada Jungkook.
"Si gila tu lagi."
***************
Aku mencelikkan kelopak mata, kepala berdenyut denyut ibarat ada bunyi siren yang kuat memanggil. Nafas ditarik sedalamnya kemudian dilepaskan perlahan. Pandangan kabur semakin jelas.
Wajah Aera memenuhi ruang mata.
"E..eo! Kyu Ri-ah! Kau dah sedar!" Aera terus memeluk aku dengan dakapan erat.
"Apa dah jadi ni.."
"Kau dekat hospital. Kau pengsan masa dparty, Kook sajangnim yang jumpa kau. Kau ingat apa apa tak huh?"
"S..Sajangnim?"
"Eung. Nasib baik ada dia. Min Ju kata kau hilang! Yaish! Kalau ye pun mabuk cubalah kawal diri tu!" Aera mengetuk kepala aku.
"Aw.. apa kau ni. Aku tak minum!"
"Kau minum dengan Min Ju. Nyanyuk?"
Bola mata aku terkebil kebil dungu. Apa sebenarnya yang dah jadi?
"Jap. Patutlah selesa semacam! Kenapa kau ambik wad kelas pertama ni! Siapa nak bayar?! Ish jom balik!"
"Jangan gerak."
Pintu menjadi tumpuan, muncul dua figura tampan dibaliknya.
"Tidur sini. Esok baru balik." arah Jungkook.
"N..nae? Gwaenchana saya dah okay."
"Jimin hyung bawak Aera balik."
"Roger." Jimin tersenyum manis seraya menghulurkan tangannya pada gadis berambut pendek itu.
Teragak agak Aera memandang aku dengan Jungkook dua kali. Aku menggeleng namun Jungkook menggerakkan kepalanya menyuruh pergi. Jimin yang sudah lelah menanti akhirnya meraih lengan gadis itu lalu membawanya pergi.
"Ae..Aera!"
Gadis itu sudah pergi bersama jejaka pujaannya. Aku cuma mampu menundukkan pandangan apabila Jungkook menyilangkan tangannya pada dada seraya memuncung bibir.
"Apa kau buat dekat tempat tu huh?"
"Join party?"
"Wae? Kau dah gian nak daftar jadi ahli kelab peminat DThree?" seloroh lelaki itu.
"M..Mana ada! Saya pergi sebab So Eun dengan Min Ju yang ajak."
"Min.. Ju?"
"Eo! Ey awak ingat saya minat awak ke huh?" aku terus menarik selimut sehingga paras dada.
"Jangan dekat dengan Min Ju."
"Wae? Walaupun dia pendiam, saya rasa personality dia lagi baik daripada awak tau."
"Menyesal pulak selamatkan dia ni."
"Bwo?"
Tiba tiba dia menghampiri aku selangkah demi selangkah.
"Tepi, nak tidur."
___________________
Comments (14)
See all