• • • • • • • •
Mereka tiba di Taejongdae Busan setelah memakan masa berjam jam. Kyu Ri sudah mula kepenatan sementara Jungkook yang tidak ada perasaan itu mendahului.
"Yah! Sampai bila kita kena naik tangga tak ada penghujung ni!" rungut Kyu Ri kuat supaya lelaki yang sudah meninggalkannya di belakang itu dengar.
"Palli." arahnya.
Kyu Ri merengus, dia berhenti kemudian terduduk lelah. Tak sanggup nak teruskan. Nafasnya tidak teratur, tercungap cungap sendirian.
"Ugh, pergilah sana.. huh.. tak larat siot.."
Dari atas Jungkook mengecilkan bola matanya. Dia fokus melihat Kyu Ri yang sudah duduk tidak bermaya.
"Cih, dia yang menyusahkan." sempat dia mengomel seraya menuruni anak tangga menuju ke Kyu Ri.
"Irriwa."
Tapak tangannya dihulur.
Gadis itu masih sibuk mengambil nafas. Dahinya dibasahi embun peluh yang sudah menyapa. Lambat lambat dia menggeleng, menolak tangan lelaki itu. Enggan menyambut.
"Shireo... pergilah. Saya tunggu dekat sini."
"Kita dah nak sampai."
"Dah sepuluh kali awak cakap macam tu."
Jungkook menyembunyikan senyumnya, "Kali ni betul. Ahhh, cepatlah. Lagi sikit je. Baik tak yah datang kalau macam tu."
"Saya ada kata ke nak datang sini.."
Bibir lelaki itu menyerot jengkel.
Disebabkan gadis itu degil, dia menarik sebelah tangan Kyu Ri naik melilit lehernya sehingga tubuh gadis itu sepenuhnya dicempung dari belakang.
"Y..YAH!"
"Diam."
Jungkook membetulkan posisi setelah Kyu Ri selamat berada di belakang gendongannya. Baris giginya terlihat penuh tanda tersenyum mekar. Manakala Kyu Ri masih segan.
"S..Saya berat."
"Memang pun."
Kyu Ri buat gaya nak tumbuk Jungkook. Ini pun berani sebab lelaki tu tak nampak.
Satu per satu tangga didaki. Semakin luas pemandangan yang indah di Taejongdae. Deruan angin dari arah air laut menyapa wajah kami.
Jantung Kyu Ri berdetak laju.
"Daebak,"
"Aku akan ke sini setiap kali nak tenangkan fikiran."
"Wae? Sekarang fikiran awak tak tenang?"
Jungkook tertawa, "Molla."
Helaan nafas dilepaskan oleh gadis itu. Entah kenapa dia boleh rasa selesa dengan lelaki yang padanya menyebalkan.
"Tempat ni bagus untuk orang yang baru lepas putus cinta. Tenang woo."
Jungkook mendaratkan Kyu Ri dengan berhati hati sebaik sahaja tiba di puncaknya. Bibir gadis itu terukir mewah. Kagum dengan keindahan alam.
"Wae? Kau masih sayang dekat lelaki yang dah tolak kau dua kali tu?"
Kyu Ri menjeling tajam, "Biarlah. Awak ingat senang ke nak lupakan dia? Walaupun saya cuba tapi.. susah."
Lelaki itu tertawa mengejek, "Sebab kau terlalu percaya dia."
"Apa awak cakap ni? Bila kita dalam hubungan, kepercayaan tu paling penting! Kalau tak ada benda tu banyak masalah akan timbul lepastu mulalah asyik bergaduh sepanjang masa."
"Kau nak kata dengan percaya hubungan kau tak ada masalah?" sambung Jungkook lagi.
"Majayo. Saya bahagia je selama dengan dia. Sebab kami berdua saling percaya."
"Dah tu kenapa dia tinggalkan kau? Sebab percaya?"
Kyu Ri mati akal.
Bibirnya terkunci rapat tidak mampu membalas pertanyaan Jungkook. Nafas ditarik sedalamnya kemudian melarikan pandangan dari lelaki itu, tidak mahu bersemuka. Wajahnya dibiarkan deruan angin menampar lembut.
"Molla.. saya tak tahu kenapa dia tinggalkan saya. Tapi, saya percaya dia."
"Gila."
*****************
Kenyang. Satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan situasi aku sekarang. Bukan main mewah lagi aku mencekik hari ni. Ini semua sebab si pengarah muda punya pasal. Tak faham aku.
"Gomabseumnida sajangnim." aku menunduk secara formal.
"Jangan salah faham. Aku bawak kau untuk teman aku berfoya dengan cara berbeza je. Bukan sebab aku suka kau." kata dia straight tak ada belok belok.
Cih. Dia ingat aku setuju ikut dia sebab aku suka dia lah? Dah lah asyik ugut aku hm.
"Arraseo~ mesti awak tengah tahan diri nak berfoya dengan perempuan perempuan seksi kan?" aku gelak terkekeh kekeh, sengaja kenakan dia.
"Ini semua pasal berita tu." Jungkook berdecit.
Mata aku berkedip dungu, "Saya rasa memang betullah ada orang follow awak. Sebab tu awak jangan berani buat benda pelik pelik, tahu?"
"Makan dengan kau jauh dari Seoul sekarang ni benda yang pelik ke huh?"
Pelik.
Tapi disebabkan aku faham yang Jungkook nak elakkan kontroversi dan tenangkan fikiran dia. Dah jadi tak pelik.
Telefon pintar aku berdering. Pantas tangan diseluk ke dalam tas tangan.
Nama Byun Baekhyun tertera pada skrin.
"Eo, hyung."
"Head father anda hyung. Sampai ke tua berjinak dengan kebuduhannya."
"Nak apa. Pat ah, busy."
"Cuba cakap elok elok. Pastu belajar depan cermin sambil sebut oppa. Panggil aku oppa dulu baru aku cakap tujuannya. Palli."
Aku perlahankan suara, "Nasib baik dalam telefon tak boleh meludah tau. Lebih baik cakap cepat nak apa sebelum aku tekan end call."
"Ayyy rindulah adik kesayangan aku comey comey erkkkk weh nak nasihat pasal cinta. Cepat ah cepat ah."
"Ish nasihat apanya aku sendiri dah tak bercinta."
"WHAT? KAU DAH BREAK DENGAN SEOK JIN KE? KAU BUAT APA NI JAHANAM. Muka macam kau tu dah lah susah nak tarik lelaki handsome macam dia! Kenapa kau per.."
"Telefon aku bila kau dah susun ayat nak cakap. Gureom." cepat cepat aku matikan telefon.
Ya aku ada abang, tapi dia tengah study sem akhir dekat Jepun. Perangai dia dilahirkan sekali arung dengan kehanatan.
"Siapa?"
"E..eoh? Tak ada sapa. Jom balik office?"
****************
Jungkook macam biasa menghilang lepas hantar aku ke syarikat. Tak tahulah dia nak ke mana. Tak penting. Malas nak ambil tahu, aku bukan pembantu peribadi dia pun.
"Kyu Ri! Kau pergi mana weh menghilang! Aku pergi tandas sekejap je, takkan kau sesat sampai dah habis kerja baru balik!" Aera langsung menerpa.
"Eo.. heheheh. Tiba tiba ada emergency case tadi." cepat cepat aku kemas barang atas meja.
"Oh Min Ju dah balik ke?" soal aku.
Jeonghan mengangguk, "Dah. Paling awal."
"Kyu Ri Kyu Ri! Hujung minggu ni datang tau Dparty! Semua orang teringin nak awak datang sebab dorang kata awak gempak! Hmm lagipun awak lebih banyak kerjasama dengan sajangnim kitew." ajak So Eun semangat.
"Ew, Kyu Ri tak payah pergi. Tempat tu dipenuhi gadis gadis tak ada prinsip macam si So Eun ni." hasut Sungjae seraya melemparkan wajah cemberut.
"Tak apalah So Eun. Saya bukan peminat DThree. Awak pergilah ya."
"Aloooo, tapi Min Ju pun suruh awak datang."
Min Ju?
Si dingin yang menakutkan tu? Hmm. Penting sangat ke majlis ni. Tapi ada Kim Taehyung, huahua.
"Jom lah. Lagipun aku teringin juga nak datang. Nak usha Jimin ehiks." Aera menyokong dari sisi.
"Gurae, arraseo."
***************
Mereka bertiga iaitu Aera, Kyu Ri dan So Eun tiba di sebuah club yang mewah. Sebelum mereka melangkah masuk, mereka perlu menunjukkan kad khas yang cuma ada oleh orang tertentu seperti So Eun kepada dua orang pengawal berbadan sasa.
"Hai guys! Ini Byun Kyu Ri, yang ini orang lama tapi first time join kita, Do Ae Ra."
"AGH! DTHREE!" pekik gadis gadis itu semangat.
Tersentak Kyu Ri dan Aera apabila mereka menjerit. Luruh jantung jadinya. Semua gadis mengalu alukan kedatangan mereka, iaitu Jimin dan Taehyung yang turut menghadirkan diri, cuma bayang Jungkook tidak kelihatan.
Ini memang majlis setiap tahun yang mereka akan buat untuk peminat dan mengeratkan lagi hubungan sesama pekerja.
"Annyeong yeorobeun! Akhirnya kita berjumpa lagi. Kamsahamnida sebab sudi datang. Makanlah jangan segan segan." kata Jimin menggunakan mikrofon.
Bergema club dengan jeritan. Boleh terkeluar tahi telinga.
"Taehyung kata nak sampaikan lagu tau. Nantikan!" ucap Jimin lagi dengan senyuman mata separuh bulannya.
"Daebak, itu ke Park Jimin kau?" siku Kyu Ri.
"Maja. Hm kau tengok lah semua perempuan nak melekat dengan dia." jawab Aera pasrah.
"Kau pergilah try melekat. Mana tahu dapat."
Aera menggeleng laju, "Tak nak aku."
Min Ju menyuruh seorang lelaki untuk bersiap di belakang club sementara dia mahu mengumpan seseorang dengan air yang sudah dicampurkan pil tidur. Idea jahatnya sangat terlihat.
Dengan langkah feminin dia mendekati gadis polos itu.
"Eo Kyu Ri, wasseo."
"Min Ju-ssi. Nae, saya datang sekejap je ni." jawab Kyu Ri ramah.
Gadis itu tidak teragak agak menghulurkan gelas wine itu kemudian memintanya untuk bersulang bersama.
"Cheers."
Tidak sampai beberapa minit kemudian gadis itu mulai lintuk dan kepeningan. Pandangannya semakin kabur. Bola mata dicelik berulang kali. Dahi dipicit perlahan.
"Kyu Ri-ah gwaenchana? Jom balik." ajak Aera bimbang.
"Ah, I bawak dia pergi toilet." cantas Min Ju.
Aera mengangguk seraya tersenyum kelat, dia pelik dengan tingkah Min Ju yang tiba tiba prihatin.
Gadis itu dalam diam tersengih sinis.
"Padahnya, bila rapat dengan Jungkook."
____________________
Comments (0)
See all