• • • • • • •
Bunyi alarm menganggu lena.
Aku mencelikkan kelopak mata, cahaya yang menerobos membuatkan pandangan terganggu sejenak. Dengan gerak perlahan aku menggapai telefon pintar yang masih berbunyi.
"Omo! 43 panggilan tidak dijawab?!" bola mata aku terus segar membulat. "Aera.. Aera.. Aera.. eo? Nombor tidak dikenali? Siapa ni.."
Rambut dikusutkan. Cepat cepat aku bangun untuk membersihkan diri sebelum orang lain sampai. Tiba tiba ada yang jatuh dari belakang badan aku sewaktu cuba untuk beranjak. Dahi aku berkerut bingung.
"Hoodie, siapani?"
"Ada yang jengah aku ke malam tadi? Jap, inikan Sungjae punya? Omo! Memalukan!"
Selesai cuci muka dengan sepantas kilat aku berlari ke arah lokar kemudian mengeluarkan baju dan seluar spare. Tercungap cungap nafas jadinya. Sebelum kejadian yang tak diinginkan berlaku akhirnya aku sempat menyiapkan diri tanpa pengetahuan orang lain.
Terima kasih untuk kemudahan syarikat yang mewah ni.
"Annyeonghasimnika~"
"Annyeong annyeong!" aku tersenyum palsu sesaat ada yang sudah melapor diri.
"Awalnya kamu hari ni Kyu Ri." tegur Seo Ho eonnie.
Sekali lagi aku mengukir senyuman palsu. Dalam diam perit liur ditelan. Janganlah ada yang lain tahu kalau aku dah bermalam dekat sini.
"YAH Byun Kyu Ri!"
Kepala ditoleh ke belakang.
"Eo, Aera-ah. Mianhae tak bagitahu, s..semalam aku balik rumah eomma dengan appa aku. Gurae gurae maja."
Aera mengecilkan bola matanya, semacam nak tak nak percaya kata kata aku. Tapi akhirnya dia buat keputusan untuk mengangguk perlahan.
"Arraseo, aku risau tahu tak. Lain kali apa apa bagitahu dulu."
"Eung!"
Keluhan lega dihela.
"Pagi yeudeura!" Jeonghan dan Sungjae tiba dengan raut wajah ceria.
Hoodie milik Sungjae yang sudah berlipat aku raih lalu menapak ke arah mejanya yang berada di hadapan aku bersebelahan dengan Aera. Awalnya dia terkebil kebil dungu, namun aku tetap tersenyum.
"Wae Kyu?"
Aku menghulur berselitkan senyuman manis, "Gomawo."
"E..Eo?" walaupun bingung dia tetap mengambil baju miliknya itu.
Tanpa melanjutkan bicara aku langsung kembali ke tempat dudukku. Tak sanggup nak dengar penjelasan dia tentang malam tadi. Walaupun aku nak tanya kenapa dia tak kejut aku tapi aku risau kalau kalau ada yang tahu.
Jadi lebih baik kalau aku tutup mulut.
******************
Harini, Jungkook tak datang.
Tak, bukan aku rindu dia. Tapi kadang kadang aku tengok dia tu pelik. Sekejap memang nak tolong, sekejap tak kisah pun.
Selesai makan siang di kafe, aku terlihat sekumpulan gadis ataupun pegawai pegawai wanita yang berkumpul di bahagian dinding maklumat. Dahi aku berkerut bingung, tangan diseluk ke dalam seluar.
"Ada apa tu?" aku bertanya kepada Aera.
"Molla. Weh aku sakit perut ah. Aku naik dulu eh," Aera yang sudah cemberut parah terus meninggalkan aku sendirian.
Disebabkan tertanya tanya aku pun singgah dekat tempat yang menjadi tumpuan tu. Kepala aku tersengguk sengguk nak curi tengok apa yang mereka hebohkan. Ribut.
"Daebak! DThree dah keluarkan tarikh untuk dparty! Tak sabar tak sabar!"
"Dparty?" spontan perkataan tu keluar dari mulut aku.
Serentak mereka semua berpaling ke belakang dan memandang aku dengan mata yang menggerunkan dan tajam. Aku menelan perit liur, satu per satu wajah mereka aku tilik dengan mata yang terkebil kebil.
"Kau, tak tahu dparty? Seriously?"
"Eoh?"
"Aaaa I know. You mesti pegawai baru baru nak up kan?" celah lagi pekerja yang lain, berambut pendek.
"N..nae."
"Okay. Dparty ni DThree yang empunya. Dorang akan buat party ni setahun sekali. Like perjumpaan untuk peminat macam kitaorang lah." jelasnya penuh gaya.
Si gincu tebal menyambung, "Yass! Tak sabar nak jumpa Jungkook! Auch! Dah lah handsome bergaya! I dengar kan sejak kebelakangan ni dia rajin datang office tau!"
"Rajinlah sangat. Tahu tak Jungkook korang tu kan muka je handsome tapi manja tau. Cerewet, menyusahkan. Makan tteokbokki pun tak pernah." senang hati aku mengutuk.
"Wait, you dari marketing department ke?! Sama dengan lucky So Eun?!"
"Lucky So Eun?"
"Ofcourse lah! Tahu tak berapa ramai beratur nak dapatkan jawatan dekat situ? Tapi So Eun iaitu ahli kelab utama DThreelians je lepas! Punya ramai nak tukar department semata mata nak dapat bos hot cemgitu!"
Wow.
So aku lucky Kyu Ri?
Sekarang aku baru sedar macam mana aku boleh dapat jawatan ni. Mungkin sebab aku bukan antara manusia manusia seperti mereka. Hahahaha. K.
"Haah. Dah lah susah nak tukar. Tak lupa jugak betapa bertuahnya yang dapat department Taehyung dengan Jimin!" fangirl mereka lagi.
Ugh, lama lama kat sini pening semacam kepala aku dengar perbualan diaorang. Memang betul apa yang Aera cakap, DThree tu bukan biasa biasa punya geng.
Kaki aku terus menapak memasuki lif.
Terlihat seorang figura mengekori aku. Pakaiannya tidak formal. Mungkin pelawat atau client.
"Manja. Cerewet. Menyusahkan?!" kata lelaki itu sebaik sahaja pintu lif tertutup.
Dahi aku berkerut, melihatnya atas bawah.
Sebaik sahaja dia menurunkan mask yang menutupi sebahagian wajahnya, mata aku langsung terbuntang luas. Rahang jatuh ke bawah.
"Sajangnim?!"
Jungkook mengecilkan bola matanya, "Berani kau kutuk aku depan peminat aku?"
Cepat cepat aku menunduk 90 darjah tanpa fikir panjang.
"J..Joseonghamnida! Saya takkan ulang! Saya sanggup.. t..tak tak sanggup!"
Telinga aku menangkap suara Jungkook yang sedang tertawa halus.
"Tak kira. Kau tetap kena sanggup jugak buat apa sahaja."
Dahi aku berkerut apabila mendengar ayatnya sehingga habis. Entah gila apa lelaki ni pergi tekan tombol supaya kami turun semula ke tingkat satu. Padahal lagi satu tingkat lif ni akan tiba!
"Y..Yah, sajangnim nak buat apa ni?"
"Kau tak bosan ke kerja sepanjang masa? Okay kalau kau tak, tapi aku ya. Hari ni, kita tak payah kerja."
"Tak payah kerja? Dah.. dah tu nak pergi mana? Andwae andwae, saya nak balik office!" aku menekan semula butang 6.
Jungkook meragut pergelangan tangan aku. Dia merapati jaraknya pada aku sehingga tiada ruang antara kami berdua. Perit liur ditelan.
"Y..Yah.."
"Siapa bos?"
"S..Sajangnim lah."
"Dengar cakap aku, arraseo?"
"S..Shireo."
Jungkook menghela nafas ringannya perlahan. Bibirnya didekatkan pada telinga kanan aku, persis orang yang ingin berbisik.
"Gurae, pilih menurut atau aku balas ciuman kau untuk malam tu."
___________________
Comments (0)
See all