• • • • • • •
Mereka berdua melanjutkan mesyuarat bersama dengan dua orang pelabur terakhir yang merupakan harapan Golden Group. Tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
"Ingat, awak kan selalu goda perempuan." bisik Kyu Ri.
"So?"
"Masa saya bagi anak patung ni dekat Chae Na chajangnim. Awak buatlah ayat manis yang awak selalu bagi dekat perempuan, arraseo?"
Jungkook mengecilkan bola matanya, terasa disindir tapi ada betulnya juga.
"Eo, annyeonghaseyo."
Siap mereka berempat bersalaman mesra, mereka kembali melabuhkan punggung bersama hidangan yang tersedia di atas meja. Mewah belaka. Sempat bersinar bola mata Kyu Ri. Padahal baru lepas makan.
"Saya bawa cenderamata untuk Chae Na chajangnim. Sudahlah manis, cantik berseri memang padan dengan anak patung berambut panjang ni, sesuai dengan pemiliknya kalau sudi?" Jungkook melontar ayat yang padanya biasa kepada wanita itu.
Rahang hampir jatuh sebab kagum sekejap.
Wanita itu terlihat gembira lalu menyambutnya dengan perasaan malu. "Kamsahaeyo sajangnim. Susah susah je."
Magnet yang aku beli kepada pelabur kedua iaitu Yu Dong chajangnim dihulur dengan kedua belah tapak tangan.
"Ini untuk tuan, bukan sejenis suapan tapi ikhlas dari hati. Terimalah." kata aku seraya mengukir senyuman manis.
"Woa, nampak kamu banyak belajar tentang saya ya." dia tertawa besar. "Terima kasih, saya hargai pemberian seikhlas hati kamu ni."
"Tak apa, bukan perkara yang besar."
"So, let's get it?"
Walaupun tak nak percaya, tapi sebenarnya lelaki sebelah aku ni ada bakat yang terpendam dalam bidang ni. Setiap butir ayat yang dia keluarkan terlihat profesional dan meyakinkan. Pelabur pun jatuh cinta dengan apa yang dia lontarkan.
Sepanjang perbincangan aku cuma terpegun sendirian. Tak pernah aku tengok dia serius macam sekarang. Semua maklumat dijelaskan dengan lancar, langsung tak nampak cela.
Tak sangka, bos aku hebat. EEE, aku puji dia lagi ke siot.
******************
"Aku hantar kau balik, dah nak gelap ni."
Kepala Kyu Ri menggeleng, "Gwaenchana, hantar saya dekat office. Ada beberapa hal lagi saya nak uruskan."
"Esok boleh kan."
"Ah, tak boleh tak boleh. Hari pelancaran dah nak dekat. Kalau dah sampai kejut saya." kata gadis itu dengan suara meleret seraya memejam matanya rapat.
Jungkook menghela keluhan ringan kemudian menurut. Gadis itu dihantar ke tujuan awal. Syarikat besar Golden Group yang terletak di tengah bandar Seoul. Entah apa lagi yang nak diuruskan pun tak tahu.
Sebaik sahaja tiba, Jungkook melihat gadis yang sedang lena itu.
Ragu ragu dia menekan pipi Kyu Ri menggunakan hujung jarinya.
"Oi,"
Matanya dicelik berulang kali, pandangan yang kabur semakin jelas, "Kamsahamnida sajangnim... annyeonghaseyo..."
"Cih, betul ke tidak tu." desus Jungkook perlahan seraya melihat Kyu Ri yang jalan terpesong pesong.
Gadis itu menghidupkan beberapa lampu di departmentnya sebaik sahaja tiba. Dia menenyeh kelopak mata lalu berjalan lambat ke arah meja. Nafas diambil kemudian dihela sejenak. Mengembalikan roh ke dalam jasad sepenuhnya.
"Uhm, semua dah balik." dia menghempas punggung. "Gwaenchana, GO KYU RI! YOU CAN DO IT BYUN KYU RI! Hwaiteenngg."
Fikirannya tiba tiba dibelengu dengan visual Kim Taehyung, "Hwaiting." semacam perisa yang menambahkan lagi semangat Kyu Ri untuk bekerja. Dia menyinsing lengan baju hingga ke siku. Rambut diikat rapi. Semua kertas disusun satu per satu kemas.
"Kaja."
***************
Jungkook menuju ke tempat 'khas' yang cuma diketahui oleh DThree sahaja. Sebuah rumah di apartment milik Park Jimin.
"Eo, Kook. Baru reti datang?" Jimin yang bersama dengan seorang perempuan seksi di sisinya menegur lelaki itu.
"Ugh, suruh dia keluar lah hyung." rungut Jungkook kemudian melabuhkan punggungnya pada sofa berhampiran.
"Aik, kau nak jadi Taehyung ke? atau kau nak aku panggil lagi sorang perempuan untuk kau? Kau cemburu ea~" usik Jimin seraya melemparkan bantal pada Jungkook.
"Mana Tae hyung?"
"Macam biasa, dalam bilik dia lah."
"Em you nak I balik ke?" kata perempuan seksi itu kepada Jimin kemudian menyentuh wajah lelaki itu penuh dengan godaan manja.
"Haah. Balik." jawab Jungkook selamba.
Perempuan untuk mencebik kesal lantaran menggapai tas tangannya.
"S..Sayang."
"See you when I see you."
"Yah, apa masalah?" kata Jimin yang tidak puas hati dengan sikap Jungkook si adik kesayangannya itu.
Lelaki itu memejam matanya, "Molla."
"Aku tak pernah kacau kau pun sebelum ni even apa yang kau buat lagi teruk, eo?"
"Ugh, ikut je lah cakap Tae hyung supaya stop bawak perempuan balik rumah. Kau boleh buat dekat hotel kan, apa masalahnya." lawan Jungkook, nadanya ditinggikan sedikit.
"Ohh. Baru sekarang reti nak faham semua benda tu lah. Sebelum ni kau tak ada pulak nak backup Taehyung?"
Pintu bilik dikuak kasar.
"Jimin dah pesan jangan bising kal.. Jungkook?" ayat Taehyung tergantung apabila terlihat perempuan itu berubah menjadi lelaki yang dikenalinya. Lelaki itu menapak mendekati mereka berdua.
"Apa halnya ni? Korang bergaduh ke? Kook, kenapa tak datang sejak kebelakangan ni? Jumpa pun susah."
"Stres lah hyung. Eomma aku tak kasi aku bebas langsung atau aku akan hilang semua yang aku ada sekarang. Tak boleh pergi club, jumpa perempuan sesuka hati or whatever. Ugh."
Jimin menggulingkan bola matanya, "Memang patut. Kau yang timbulkan masalah."
"Sebab tu kau rajin pergi kerja, eo?"
"Nae. Benci betul."
"Kalau macam tu uruskan dulu kerja. Kau pun tahukan Care.co sedang awasi kau. Bahaya Kook. Tak lama pun. Berhenti sekejap jumpa perempuan." lembut Taehyung nasihat.
"Berhenti terus pun tak apa." Jimin mencelah selamba.
"Aku memang tak nak jumpa orang tak faham aku." lelaki paling muda itu terus keluar dari rumah dengan gayanya yang agak kesal.
"Kau ni kenapa macam budak budak sangat? Tengok dia dah merajuk?"
***************
Jungkook memandu dengan penuh emosi.
"Eleh dia fikir aku kerja keras sekarang dia boleh ejek aku? Tengoklah, ingat aku tak boleh buat ke? Ini Jeon Jungkook." omelnya sendirian, mungkin geram dengan Jimin yang seakan merendahkan dia.
Bila tepat di lampu isyarat merah.
Fikirannya terbayang seseorang, ya Byun Kyu Ri.
Tangannya menggapai telefon pintar. Dia ada simpan nombor telefon Kyu Ri yang dia rembat dari dalam resume. Katanya senang kalau nak arah gadis polos itu apa apa. Jadi dia buat keputusan untuk simpan nombornya dalam telefon pintar utama.
Tidak berangkat.
"Mana si hingusan ni." rungut Jungkook menekan skrin telefon dengan kasar.
Apabila lampu isyarat berubah hijau dia memutar semula arah kereta menuju ke destinasi yang baru iaitu tempat yang tidak disukainya, Golden Company.
"Okay, aku cuma nak pastikan dia masih hidup atau tak je." pesan Jungkook dengan diri sendiri.
Perlahan lahan dia memasuki syarikat yang sudap gelap gelita itu. Sempat dia menyuruh guard untuk memasang semua lampu semula. Lantas dia menuju ke department miliknya menggunakan lif, walaupun agak menyeramkan sendirian.
Langkah kaki diatur masuk satu per satu, mencari bayang gadis itu.
Memang betul dia sedang tertidur lena. Langsung tak terganggu. Jungkook mendekatinya, dia melabuhkan punggung pada meja Min Ju yang tepat di sebelah Kyu Ri. Kertas kertas yang berterabur itu diambil sehelai demi sehelai lalu dibaca.
"Nama artis yang tengah terkenal?"
Dahinya berkerut bingung. Semua nombor telefon manager artis terkenal, Kyu Ri salin dalam satu kertas. Dia sedang berusaha untuk cari pengganti model yang dah tarik diri.
"Gila." selorohnya.
Lelaki itu mencari sesuatu di sekitarnya.
Dia ternampak hoodie Sungjae yang ditinggalkan pada bahu kerusi. Pantas hoodie itu diambil kemudian Jungkook dengan berhati hati menyelimut Kyu Ri.
Dia menutupi sebahagian tubuh gadis itu supaya tidak kesejukan.
Entah kenapa tiba tiba Jungkook tertumpu tepat pada wajah gadis yang sedang lena itu. Matanya langsung tidak berkedip. Dia menyentuh kelopak mata Kyu Ri lembut. Rambutnya pula diselitkan pada cuping telinga dengan gerak perlahan menjelaskan lagi sisi wajah gadis polos itu.
"Comel."
____________________
Comments (1)
See all