• • • • • •
Park Jimin dan Kim Taehyung bertukar pandangan, pelik apabila mereka berdua tiba di pejabat Jungkook.
"TAHAN DIA TAHAN!" Sungjae dan Jeonghan bersatu demi menggari tangan dan kaki gadis liar itu apabila dia ternampak ahli DThree menjengah.
"YAH! LEPAS! Ini peluang setahun sekali pun tak akan dapat tahu tak! YAH!" So Eun semakin buas.
Dalam diam Aera yang turut menyimpan perasaan pada Jimin cuma mampu melihatnya dari jauh. Walhal hati sudah berbunga bunga, dari rambut sampai hujung kaki sempurna. Malangnya Kyu Ri tak ada untuk tunjukkan dia jejaka itu.
Lantas Seo Ho antara yang tertua meminta maaf kepada mereka berdua dengan menunduk separa tubuh.
"Ada apa kwajangnim berdua datang?" tanya wanita itu lembut.
Taehyung menggaru belakang tengkuknya, "Jungkook, kami cari Jungkook."
"Oh, sajangnim tak masuk kerja hari ni."
"Eo? Syarikat ni dalam krisis besar berpunca dari dia pun berani tak datang?" Jimin bersuara.
Taehyung menjungkit bahunya, "Gurae. Dia kisah apa, sampai telefon pun tak angkat."
Tiba tiba mereka terdengar deruan tapak kaki yang semakin laju dan kuat menghampiri. Hampir bergema juga pejabat itu dibuatnya. Lantas semua pekerja yang berada si situ tertarik untuk melihat, termasuk si gadis dingin Min Ju.
"YAH!" jerit Kyu Ri.
Sanggup mereka berdua merempuh tubuh Jimin dan Taehyung yang tepat di hadapan pintu masuk pejabat semata mata berkejaran untuk ke tandas.
"Eo, sajangnim!"
Kedua dua memegang tombol tandas.
"Pikyeo! Saya yang pegang tombol ni dulu!"
"Ah! Aku sakit perut sebab kau!"
Jungkook dan Kyu Ri saling bertikam lidah hanya untuk masuk tandas. Maklumlah syarikat ni hanya menyediakan satu tandas untuk setiap department. Perut mereka berdua memulas sejak dari dalam perjalanan.
Manakala pegawai pegawai lain serta Jimin dan Taehyung hanya melihat mereka berdua dengan riak wajah bingung.
"Saya tak suruh pun awak tolong!"
"Kalau kau nak aku tamatkan kontrak kau, teruskan!"
Nafas Kyu Ri naik turun laju, "FINE!" tengkingnya lalu gadis itu terus keluar dari pejabat untuk mencari tandas utama yang lebih besar di tingkat bawah.
Kan senang kalau pergi dari awal?
Pantas Jungkook masuk dan menyelesaikan apa yang tertahan. Ini semua berpunca dari semangkuk sup pedas.
"Y..Yah Kyu Ri nak pergi mana!" jerit Aera.
Mereka yang lain masih pegun bingung, "Apa yang terjadi?"
***************
Keluhan lega dihela kuat. Akhirnya perang sudah berakhir. Otak aku berdenyut denyut disebabkan sup pedas tu. Aih.
"Cih Jeon Jungkook. Berani dia cakap macam tu?!" aku menyinsing lengan baju sehingga ke siku. "Ini semua salah dia. Kalau dia tak berfoya lebih lebih, tak adanya kena susah payah macam ni. Yaish."
Aku mengorak langkah keluar dari tandas. Tak ada apa yang boleh gambarkan perasaan aku sekarang selain lega. Nasib baik tak sesat cari tandas tadi. Nampak cafe terus je terjah, dah tak fikir apa yang orang lain pandang.
Tubuh aku membeku, lambat lambat kepala mendongak untuk melihat gerangan yang menghulurkan sekotak susu.
"Eo, annyeonghaseyo kwajangnim." aku menunduk hormat kepada Taehyung.
"Dah katakan panggil sunbae je?" kata lelaki itu dengan nada lembut. "Minum. Susu boleh hilangkan pedas tau."
"M..Macam mana.. sunbae tahu?"
Taehyung tertawa kecil, "Terdesak sangat tadi sampai tak perasan sunbae dekat situ?"
SUMPAH. Malu gila sekarang tahap nak sorok muka dekat mana mana dinding yang ada. Macam mana dia boleh ada dekat situ tadi? Apa dia buat dekat pejabat aku? Kenapa dia perlu ada dekat situ masa masa macam ni?
Lambat lambat aku menyambut niat baiknya seraya tersenyum palsu.
"Kamsahamnida."
"Himnae. Jungkook tu memang manja sikit, dia tak suka kerja dalam syarikat ni. Jadi nak minta dia buat kerja memang payah." pesan Taehyung dengan suara husky yang kedengaran tenang itu.
Hmm. Itulah yang peliknya kenapa dia sibuk sibuk nak tolong walaupun dia tak suka masuk campur?
Eleh.
"Algesseo. Sunbae jangan risau. Kyu akan semangat untuk Golden Group! Heheh."
"Hwaiting." dia menepuk bahu kanan aku dua kali dengan senyuman lebarnya sebelum berlalu pergi.
Awh.
Kenapa, aku rasa dia manis.
Aku kembali melihat kotak susu yang melekat di tangan. MALU!
************
Jungkook mengurut belakang tengkuknya. Entah kenapa dia boleh ada dekat pejabat tu lagi sedangkan dia memang tak suka nak duduk di situ. Ini semua berpunca daripada gadis bernama Kyu Ri.
Sibuk sangat kesian dekat dia sampai sanggup tolong habiskan sup pedas tu. Pelabur tu pun satu hal juga, memang sengaja nak uji tahap kesabaran dan kualiti pekerja Golden.
"Kyu Ri, masuk bawak air. Now." dia meletakkan gagang telefon dengan pantas.
Lelaki itu masih terkumat kamit merungut sebab relakan perut dia untuk semangkuk sup pedas yang boleh meragut nyawa dia bila bila masa. Hampir jatuh imej dia disebabkan kejadian tadi.
"E..eoh." tiba tiba Jungkook membetulkan duduknya.
Seketika seorang gadis masuk bersama segelas susu yang dingin.
"Kyu Ri tak ada. Masih dekat bawah." Min Ju meletakkan gelas tersebut di atas meja majikannya itu.
"A..arraseo. Gomawo."
Suasana jadi janggal.
Pantas Jungkook meraih gelas itu lalu meneguknya seraya melarikan pandangan. Tidak mahu bertukar pandangan dengan gadis aneh itu.
"Sajangnim."
Jungkook tersedak, "Nae?"
"Sajangnim.. masih tak sudi.."
"..SAJANGNIM!" Kyu Ri memecah suasana janggal yang sedang berlaku.
Sepasang mata gadis itu terkebil kebil dungu sebab menerjah tanpa ketukan pintu. Dia pun tidak tahu apa yang berlaku dalam pejabat itu sekarang. Tubuhnya membeku sejenak.
"Joseonghaeyo, ingat tak ada orang tadi."
Min Ju menyelitkan rambutnya pada celah cuping telinga, bingkas dia menunduk hormat kemudian langsung keluar dari pejabat lelaki itu. Kyu Ri masih membeku bingung di hadapan pintu sementara Jungkook melepaskan keluhan lega.
"Hah, nak apa? Masuk."
Lambat lambat gadis itu masuk.
"Saya dapat sambungkan panggilan dengan dua orang pelabur tetap kita! Tapi dorang nak jumpa dengan sajangnim sendiri. Esok tau, arraseo?"
"Ee, kau uruskan. Cakap aku sibuk. Aku dah tak nak fikir dan libatkan diri lagi. Tak rela tak rela." lelaki itu menggeleng laju.
"Tak kisah ke kalau Madam Jeon bunuh sajangnim? Hmm tak dapat nak berfoya, mainkan perasaan perempuan, pergi club, lepastu.."
"Yah.." ayat Jungkook terbantut.
Drrt. Drrt.
Telefon pejabat berdering kuat. Lelaki itu sempat menghela keluhan sebelum menjawabnya.
"Eo."
"Ni eomma. Eomma telefon kamu tak angkat."
Mata Jungkook terbuntang luas. Lupa yang telefon cuma ada contact khas Madam Jeon, Kyu Ri yang pegang.
"Nae? Arr telefon tertinggal dekat rumah. Wae eommonim?"
"Lega eomma tahu kamu dekat office. Tadi eomma tengok carta keluaran produk kita merosot."
"Yae~" jawab Jungkook malas.
"Jangan sampai eomma halau kamu dan jual apartment kamu untuk tanggung semua kos. Kereta kamu eomma tarik dan semua kad kamu eomma akan burn."
"BWO? Eommonim! Janganlah macam ni eo? Kook tak buat apa apa pun!"
"Berani kamu kata tak buat apa apa lepas dah buat semua orang kerja lebih masa? Dengar baik baik, jangan berani pergi berfoya atau jumpa mana mana perempuan sampai pelancaran produk terbaru, arraseo?"
Kepalanya dihempas ke meja, "Kook tak boleh hidup macam tu. Lebih baik eommonim sumbat je Kook dalam penjara!"
"Kheol."
"GURAU!"
"Care.co sedang perhatikan kamu. Jaga tingkah laku sebelum kamu hilang semuanya, geureom." panggilan dimatikan.
Kyu Ri cuma tahan sengih bila tengok Jungkook dah pasrah. Tak berdaya.
"So, sajangnim. Macam mana?" usik Kyu Ri.
"Ah.. aku benci tempat ni."
***************
Perjuangan untuk selamatkan syarikat tak akan pernah pudar. Disebabkan gosip dan kontroversi yang semakin meliar mengakibatkan ekuiti saham turun mendadak.
Siapa punca? Pengarah syarikat yang bertuah sungguh ni lah. Padan muka kena kerja.
"Perlu ke kita pergi tempat yang panas macam ni? Ugh." Jungkook masih merungut, dia tak habis betulkan coat yang dipakai.
Kitaorang sekarang dekat sebuah pasar besar yang terkenal di Seoul. Nak cari sesuatu untuk pelabur sebagai buah tangan.
"Mestilah. Saya dengar Yu Dong chajangnim tu suka kumpul magnet peti sejuk. Chae Na chajangnim pulak suka anak patung,"
"Kau fikir dorang nak ke barang barang murah dekat sini? Paling pun kau buat dorang tarik balik fikiran nak tolong kita tahu tak?" cemuh lelaki itu.
"Awak ingat semua orang kaya macam awak ke? Disebabkan barang murah lah dorang kena tahu sebenarnya kualiti dia pun menarik dan ada perbezaan. Lain dari yang dorang biasa beli, guraechi?"
Jungkook menggulingkan bola matanya, malas nak bertikam lidah.
Sepanjang perjalanan aku tengok lelaki tu dah macam budak kena paksa pergi sekolah. Memang menurut, tapi muka tu jelas sangat tak suka. Tapi masih nak acah cool.
"Okay done. Kaja!"
"Ugh, kenapa aku kena ada dekat sini. Dah lah sesak. Yah, jangan berani tinggalkan aku."
Bukan sepatutnya perempuan ke yang cakap ayat tu?
Aku menghentikan langkah lalu berpaling ke belakang, hujung lengan aku hulurkan ke arahnya. Jungkook memandang huluran tangan dan wajah aku dua kali.
"Bwo?"
"Selalunya awak hulur blazer untuk lindung saya menangis. Harini saya hulur tangan supaya awak tak tertinggal. Awak boleh pegang hujung baju. Shireo?"
Lelaki tu buat merenung hujung lengan aku sejenak. Dia mengambil masa untuk berfikir samada menyambut atau menolak. Tetapi aku percaya dia memang dah rimas dengan manusia yang berkerumun dekat sini.
"Gurae. Tertinggal padan muka."
"Y..Yah! Arraseo, tangan."
Senyuman diukir seraya menghulurkan tangan ke arahnya, Jungkook mencubit hujung lengan baju kemudian mengekori aku dengan rapat.
"Kenapa aku baru perasan kau cakap informal dengan aku huh?"
Pita suara dibetulkan, "Saya rasa saya banyak kerja lebih masa dekat luar disebabkan awak. Jadi, saya cuma akan cakap formal bila kita dekat office sahaja. Arraseo?"
"Ow baegopa (lapar) saya bau tteokbokki." langsung aku menyinggah ke sebuah gerai yang menjual makanan itu.
"Ish jomlah keluar. Panas lah dekat sini."
"Saya lapar." aku mencebik. "Ahjussi, tteokbokki dua."
"Aku tak nak."
"Saya tahu, siapa kata untuk awak?"
Aku tersenyum kepada pemilik kedai seraya bersiap untuk mengeluarkan dompet dari dalam tas tangan.
"Dah boleh lepas?"
Teragak agak Jungkook melepaskan cubitan tangannya. Dia menarik muka sebab dah rimas sangat. Kesian betul.
"Woahh, sedapnya. Gomabseumnida!"
Satu per satu aku cucuk lalu disuap ke dalam mulut. Rasanya mencair dalam mulut, kenyal dan memang sedap! Jungkook menelan liur lalu mencuri pandang.
"Nak? Aaa." aku cuba nak suap tapi dia menolak.
"Ah shireo." elaknya.
"Tak matilah makan makanan murah. Irriwa. Aaaa.."
"I..Ini sebab kau paksa okay." lambat lambat dia membuka mulutnya.
Dia mengunyah kemudian reaksi wajahnya berubah segar dalam sekelip mata.
"Daebak,"
Mangkuk kedua tteokbokki kepunyaan aku dia rembat lalu mencekik dengan bahagia sehingga terlupa darjat dia di level mana.
Dalam diam aku tersengih sendirian melihat gelagat lelaki ni.
____________________
Comments (0)
See all