• • • • • •
Aku mengetap kuku. Ada empat buah telefon tersusun di atas meja. Seingat aku telefon ketiga ialah telefon nombor untuk pelabur syarikat ni.
Fuh, tenang Kyu Ri. Kau boleh buat, himnae!
Pantas skrin telefon pintar itu dinyalakan lalu aku menekan mana mana kenalan yang terpapang.
"Nae yeoboseyo."
"Eo?! Aigu, annyeonghaseyo chajangnim! Saya Byun Kyu Ri dari Golden G.."
Tit. Talian terputus.
"Y..Yeoboseyo?"
Keluhan dihela kuat. Gila betul. Aku tak sempat intro dia dah matikan telefon?! Yaish!
Pejabat Jungkook yang tepat di hadapan aku langsung aku kerling tajam. Si penimbul segala masalah tu langsung tak nak bertanggungjawab. Padahal ini semua berpunca daripada dia.
Tak ada rasa serba salah.
Tak datang kerja pulak tu!
Aku meletakkan kepala di atas meja. Letih. Tak ada tenaga. Sejak masuk sini, semua angan angan aku cuma mimpi indah semata. Golden Group hanya indah di luar, tetapi di dalam, yang tahu je tahu.
"Kyu Ri-ah, gwaenchanayo? Himdeurochi?" Sungjae menegur seraya meletakkan secawan kopi di atas meja.
Kepala aku angkat lalu mengangguk dengan bibir yang terjuih. "Eung, mani himdeuro. Gomawo Sungjae-ssi." senyuman diukirkan kepadanya.
Selepas dapat tenaga dari secawan kopi, aku langsung menekan nombor nombor yang tertera. Banyak kali. Hampir aku keliru yang mana dah telefon yang mana masih belum. Mereka ni betul betul tak nak angkat nombor dari Golden.
Ada yang terus decline.
Ada yang maki hamun.
Tapi aku tetap sabar dan telefon satu per satu.
"Nae, silakan bercakap."
Fuh. Tenang Kyu. Hari ni kau dah makan banyak carut. So dah terbiasa. Just chill.
"Annyeonghaseyo! Saya Byun Kyu Ri dari marketing department Golden Group. Ini Beom Suk chajangnim kan?"
"Yae.. ada apa yang boleh saya bantu.." suara lelaki tua itu terdengar lebih sopan daripada yang sebelum sebelum ini.
"Boleh tak kalau saya nak jumpa sendiri dengan chajangnim? Sudi luangkan masa untuk saya? Makan siang?"
"Yae.. bwo.. saya pun belum makan siang. Apa salahnya."
"Nae algesseumnida chajangnim! Saya akan mesej alamat restoran. Jumpa nanti!"
Lelaki itu menamatkan panggilan.
"YAHOO!"
Langsung aku mengemas semua barang dan masukkan ke dalam tas dengan kelam kabut. Akhirnya aku berjaya pujuk seorang pelabur setelah mengharungi detik detik kejam.
"Y..Yah Kyu Ri! Nak pergi mana!"
"Pergi dulu! Annyeong!"
"Semangatnya dia."
*************
Ragu ragu kaki menapak ke dalam sebuah restoran yang agak mewah. Tak apa, lagipun aku ada kad company. Selagi boleh guna kita guna, yang timbulkan masalah pun si bos.
Cuba cuba aku melambai pada setiap pelanggan yang dah 'berusia'. Ini semua sebab aku tak kenal Beom Suk chajangnim punya pasal.
Tiba tiba lambaian aku terhenti pada sebuah meja yang hampir.
Jungkook si biawak bersama dengan 'baju baru' dia. Lelaki itu perasan kehadiran aku lalu melihat dengan riak wajah pelik.
"Cih, dah lah tak datang kerja. Dah jadi bualan orang pun perangai macam tu jugak. Ayy! Tambah luka baru dekat hidung tu tahulah." desus aku sendirian.
Mata aku terasa gatal bila tengok perempuan sebelah dia raba raba dada dengan muka Jungkook. Selamatkanlah mataku.
"Byun Kyu Ri?"
Bingkas kepala ditoleh ke belakang, "Eo? Beom Suk chajangnim?!"
Lelaki tua berkaca mata itu mengangguk seraya tersenyum. Ada beberapa orang pengawal di belakangnya dengan rupa paras menggerunkan. Tanpa mengendahkan Jungkook, aku langsung melabuhkan punggung di meja Beom Suk chajangnim.
"Saya.. suka makan pedas." lelaki separa abad itu berkata. "Tapi sejak umur meningkat ni, dah tak boleh nak makan pedas pedas lagi.."
Bola mata aku berkedip. "Ohh! Hahaha! Gwaenchana, saya boleh makan pedas! S..Saya pun suka sangat makan pedas!" gelak hambar keluar dari mulut.
"Ahh jinjja? Algesseo." Beom Suk chajangnim memberitahu pelayan makanan yang dia mahu serta menyatakan makanan untuk aku.
Fuh, aku kena buat apa sahaja yang dia nak memandangkan dia je harapan untuk syarikat.
Gwaenchana, Kyu Ri hwaiting!
"Jadi.. apa tujuannya, kamu nak jumpa saya."
"Golden Group memerlukan pelabur yang kekal untuk pelancaran produk terbaru. Tapi.."
Beom Suk memintas, "Arraseo, saya dah baca berita tu semalam. Semua pelabur syarikat awak lari, mesti.. tak nak terlibat apa apa.."
"N..Nae, majayo chajangnim." aku tertawa palsu.
"Geokjong hajima. Saya akan setia dengan Golden Group." lelaki tua itu berkata seraya mengesip cawan airnya tenang.
"J..Jinjja? Uwah kamsahamnida chajangnim! Kami akan beri yang terbaik supaya chajangnim tak akan kecewa!"
Makanan sampai tepat pada masanya. Perut aku pun sudah boleh tahan berkeroncang disebabkan kelaparan. Tetapi mata aku berair sesaat makanan yang dipesan terlalu nampak menakutkan. Tekstur warnanya yang terlalu merah agak menggerunkan tekak. Dalam diam aku menelan perit liur.
"Kamu tak makan?"
"S..Saya makan."
Lambat lambat aku menurut. Baru sesuap masuk ke mulut, dapat aku rasa betapa pedasnya makanan ni tahap berhingus cuma dengan satu suapan! Mulut aku mengunyah dengan rentak perlahan akibat tak tertahan. Pedih! Panas! Pedas! Tiga P!
Gila betul siapa yang buat makanan ni, nak orang mati ke?!
"Dulu saya suka makan makanan tu. Kalau.. kamu tak habiskan, kecewa saya. Sebab, saya yang akan belanja kamu hari ni eo.."
Aku mengangguk laju sambil tertawa palsu, "Baik! Saya akan habiskan. Chajangnim percaya dekat saya!"
Padahal aku dah tak sanggup lagi untuk suapan ketiga. Bibir aku dah bengkak, air mata mencurah curah.
Isk, tak tahan!
Tiba tiba pergelangan tangan aku diragut seseorang. Kepala didongak ke kiri, melihat susuk tubuh figura yang sangat dikenali.
"Sajang..nim."
Pap! Dahi aku dijentik kuat.
"Aw! Waegurae jinjja.." rungutku perlahan seraya menggosok dahi yang berdenyut.
Jungkook dengan wajah dingin bicara, "Geumanhae."
Dia suruh aku berhenti?
Dia tak tahu ke aku tengah berusaha selamatkan syarikat yang dalam masalah disebabkan oleh dia! Tangan macam gatal nak lempar mangkuk sup pedas ni.
"Eo.. uri sajangnim." lelaki separuh abad itu perasan kehadiran Jungkook, cermin mata rabunnya dibetulkan tepat pada batang hidungnya.
Jungkook menunduk hormat.
"Annyeong, Jungkook imnida." kata lelaki itu seraya melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Arra, muka kamu ada dalam berita semalam." kata lelaki tua itu tenang seraya menikmati makanannya.
Aku cuma mampu tahan senyum. Dah lah dahi benjol. Lepastu pedas tak hilang lagi.
"Y..Yah." bola mata terbuntang luas sesaat Jungkook merampas chopsticks milikku lalu disuap makanan itu ke dalam mulutnya.
"Gurae, inilah usaha yang kita nak.." Beom Suk chajangnim tertawa dengan gaya berumurnya.
Dalam diam aku menelan liur.
Dia dah kenapa.
______________________
Comments (0)
See all