• • • • • •
Selain band-aid bercorak kartun arnab, aku turut bawa beg yang berisi barang barang yang Jungkook bagi dekat aku. Rasanya tahap mahal dia lagi tinggi dari gaji aku. Semua barang original. Selalunya aku mampu beli atau pakai fake punya je.
Pintu aku ketuk dua kali sebelum masuk.
"Omo!" aku terkejut.
"Tengok apa? Palli."
Cepat cepat aku berlari ke arah Jungkook, segala beg aku letak dekat atas kerusi tetamu. Kemudian jari jemari aku pantas membuka plaster yang aku pegang dari tadi.
"Gwaenchana?"
Batang hidung dia luka. Kena tumbuk ke siot.
"Kau rasa?"
Cih.
Tangan aku menarik dagunya supaya lebih tinggi. Band-aid yang sudah ditanggalkan itu perlahan lahan aku tempelkan pada batang hidungnya. Menutupi cela di wajah tampan dia.
Entah kenapa mata kami saling terpaut. Tidak beranjak.
"Aigu, muka kau merah. Panas ke dekat sini?" ujar Jungkook seraya menarik hujung bibirnya sinis.
Cepat cepat aku membetulkan pita suara lalu menjauhi lelaki tu. Kenapa tiba tiba wajah aku membahang? Bukannya panas pun.
"Aloloo, jangan risau aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan low class. Tapi untuk usik kau memang perkara yang menyeronokkan." dia tertawa halus.
Low class? Ceh! Dia punya perempuan perempuan seksi yang dah jadi skandal gempak tu high class sangat lah?
"Saya pun tak akan jatuh cinta dengan lelaki low personality."
Membulat bola matanya, "Bwo? Low personality? Tak pernah lagi aku dengar perempuan sebut benda benda palsu macam tu. Arra?"
Palsu apanya. Fakta.
"Em ni barang barang yang sajangnim bagi dekat saya. Sekali lagi, joseonghamnida untuk kejadian malam tadi dan kamsahamnida sebab sudi tolong saya tadi." aku menunduk separa tubuh, kembali formal.
"Ambik je lah. Kau nak aku pakai semua barang perempuan tu?"
"BWO? A..Ani. Tapi.."
"Dah. Malas nak fikir. Sekarang ni masalah utama aku pasal syarikat ni. Madam Jeon marah teruk dan kau sendiri nampakkan hidung aku macam mana." cantas Jungkook.
Aku mengangguk dungu.
"Disebabkan kau kata kau sanggup buat apa sahaja. Aku nak kau tolong urus semua masalah ni."
Mata aku terkebil kebil, "Nae? M..Maksud sajangnim, sajangnim nak lepas tangan?"
Jungkook menyandarkan tubuhnya pada kerusi, "Gila ke? Kalau aku lepas tangan, mungkin kau akan dengar skandal baru anak pengarah Golden Group mati dibunuh emak sendiri?"
"Habistu.. sajangnim nak minta saya buat apa?"
"Gurae, soalan yang tepat. Suruh semua orang masuk bilik mesyuarat. Kita akan buat meeting pertama kali dalam sejarah Golden Group bersama Jeon Jungkook."
****************
So Eun menghela nafasnya di hadapan wajah Sungjae sekuat hati.
"Yah michyeosseo?" maki Sungjae.
"Wangi tak? Aduh, cemas lah nak jumpa Kook sajangnim! First time tahu tak dia buat meeting macam ni?! Oh my god! Nak kena bagitahu groupchat DTFabulous ni! Mesti dorang jealous teruk!" antara gadis peminat DThree yang tidak tertanding, dia So Eun.
"Cuba kau bayang, tiba tiba lagi dua orang si Taehyung dengan Jimin tu masuk?" Jeonghan menyiku pinggang Sungjae, mencemuh So Eun.
"Machi? Aku rasa kita kena gari So Eun. Boleh buat malu group ni je. Grrr, aku rela pindah dari department ni kalau benda tu berlaku."
Min Ju tetap dengan lagak tenangnya, masuk ke dalam ruangan tanpa bicara. Sehari boleh kira berapa patah kalau dia bercakap.
Diikuti juga dengan yang lain.
Akhirnya Jungkook masuk bersama sebuah file di tangannya. Dia berdiri di tempatnya, di mana mereka semua dapat lihat dengan jelas dan tertumpu.
"Saya malas nak cakap banyak. Memandangkan korang pun tahu apa yang berlaku so ya saya nak dengar pendapat masing masing."
Jeonghan mengangkat tangan, "Sajangnim, disebabkan skandal tu sekarang pelabur kita dah goyah. Dorang mungkin akan termakan dengan kontroversi kemudian tarik diri."
"Betul tu. Tak ada cara lain selain memujuk dengan ayat manis. Kita tak boleh hilang mereka memandangkan tarikh pelancaran produk terbaru tu semakin hampir." celah Seo Ho.
Jungkook tersenyum kelat, "Okay teruskan."
"Bukan itu je sajangnim. Tadi saya dapat telefon daripada artis yang akan jadi model untuk produk tu dah tolak tawaran. Dia tak nak terlibat dengan kontroversi." sambung So Eun serius.
Kyu Ri cuma terdiam membisu. Sebenarnya dia mati akal sebab tak pernah hadap krisis sebesar ini selain putus cinta.
"Gurae, cari model baru. Pasal pelabur tu jangan risau. Serahkan pada Kyu Ri. Sebab dia yang akan uruskan hal ni." Jungkook tersengih sinis kepada gadis polos itu.
"N..nae?!"
"Okay semua bersurai." arah Jungkook.
Lambat lambat mereka bangkit lalu meninggalkan ruangan. Sempat mereka memberi slogan 'hwaiting' kepada Kyu Ri yang masih duduk termangu sendirian.
Sebaik sahaja semua pergi hilang dari pandangan.
"YAH! Sajangnim kata tak nak lepas tangan!"
"Memang pun? Aku kan dah buat meeting ni. Maksudnya tugas aku selesai. Tak lepas tangan kan. Selebihnya kau yang akan buat, okay?"
Kyu Ri tertawa palsu, "Meeting? Cih meeting apanya tak sampai lima minit."
"Aku masih muda untuk semua benda ni. Ramai lagi perempuan yang tunggu godaan aku." Jungkook meregangkan tubuhnya, masih tidak tercalit rasa serba salah.
"Michin saram." cemuh Kyu Ri separa dengar.
"Aku ada bagi kau telefon untuk semua nombor pelabur syarikat ni kan? Jumpa diaorang kemudian selesaikan hal ni. Okay? Kyu Ri hwaiting!"
Lelaki itu membuat gaya semangat kepada Kyu Ri sebelum keluar dari bilik mesyuarat.
"YAH JEON JUNGKOOK!"
____________________
Comments (1)
See all