subscribe + hit love button ❤❤
• • • • • •
"Betul ni kau okay?" Aera bertanya sepanjang perjalanan kami menuju ke pejabat.
"Ya. Walaupun aku akan kena maki satgi. Harap harap aku keluar masih bernyawa. Fuh, jari aku masih menggeletar."
Barang barang yang dibeli oleh Jungkook turut aku bawa ke pejabat. Takutlah aku nak pegang lama lama barang mahal macam ni, buatnya hilang atau rosak. Tak pasal pasal je.
Sebaik sahaja tiba, mereka semua memandang aku dengan muka terkejut.
"A..annyeong hasimnika." aku menunduk.
"Kamu pergi mana semalam? Kenapa tak datang? Kamu tahu tak ini semua risiko? Kalau nak kerja lama tolong jangan buat perangai macam ni lagi." Seo eonnie langsung menerpa aku dengan butir tegur lembut.
"Joseonghamnida,"
Lambat lambat aku menapak ke meja. Macam nak gugur jantung. Semalam aku ambil risiko pergi jumpa lelaki yang langsung tak ingin kehadiran aku. Padahal aku memang bimbang dengan keadaan dia.
Tiba tiba kedengaran riuh. Bila aku berpaling ke belakang rupanya ada yang menghampiri.
"Oh my god. Jeon hwejangnim." desus hati kecil aku, teruja dapat bersemuka.
Kami semua menunduk hormat kepadanya, di sebelah ada Jungkook yang muka seperti dipaksa. Cemberut sahaja riaknya. Nampak sangat tak ikhlas. Wajah bengis Madam Jeon pula masih tidak berubah.
Hampir berhenti berdetak jantung aku apabila dia mematikan langkah tepat di hadapan aku. Dia menilik wajah aku dengan teliti, berkerut kerut keningnya. Garis bibir takut takut aku naikkan.
"Ah, pegawai baru. Byun Kyu Ri." Seo eonnie terus mencelah memperkenalkan diri aku.
Aku menunduk hormat, "Annyeonghaseyo hwejangnim."
"Saya tak nampak kamu semalam."
Jantung aku bagai nak pecah.
Semua orang sudah mula menampar dahi kerisauan. Sementara aku sendiri, sudah fikir macam macam alasan tapi tak terluah dengan perkataan sebab terlalu takut. Aku risau kalau alasan aku tak cukup kuat untuk mendukung seorang pegawai baru dalam syarikat ni.
"Dia ada semalam." kata Jungkook.
"Algesseo. Kaja." ucap Madam Jeon kemudian berjalan menuju ke pejabat anaknya, Jungkook.
Sempat Jungkook buat gaya kelar leher dekat aku semasa emaknya sudah mula melewati.
Kami semua menghela nafas lega sekuat hati. Rasa nyawa aku macam dah dekat hujung tanduk. Tak faham kenapa bos aku yang menjengkelkan tu sanggup backup aku walaupun dia sepatutnya suka tengok keadaan aku macam tu.
"Nasib baik ada Kook sajangnim. Selamat kau kalini Kyu Ri." kata Jeonghan sambil menyisir rambutnya.
"Aww, cara Kook sajangnim backup Kyu Ri tadi bergaya sangat! Auch! Tak sangka dia prihatin dengan pekerja dia!" So Eun berfangirl sendirian.
Aera turut menghela keluhan lega, "Oh ya kenapa tiba tiba Jeon hwejangnim datang? Selalunya kalau ada krisis besar je kan dia datang?"
Seo eonnie mengangguk bimbang. "Itu lebih penting. Kenapa dia datang. Rasanya ada yang tak kena. Sudah semua, bersurai. Buat kerja masing masing." kata wanita itu.
"Nae algesseumnida."
"C..Chakkaman yedeura! Aku rasa aku tahu kenapa Jeon hwejangnim datang." suara Sungjae tiba tiba memecah suasana.
Pantas kami berkerumun di hadapan komputer miliknya.
"Oh. My. God."
*************
Puan Jeon duduk di kerusi anaknya, kemudian Jungkook berhadapan dengan wanita itu. Hal sebenar yang berlaku mereka berdua terserempak di bawah sewaktu ingin masuk ke pejabat. Alang alang diheretnya sekali bila nampak Jungkook cuba nak larikan diri.
"Kenapa eommonim datang ni?"
Wanita itu mengambil telefon pintar yang dihulur oleh pembantu peribadinya lalu dia menghempas ke permukaan meja. Terhincut bahu Jungkook jadinya.
"Kenapa datang? Baca." suara kecil yang menggerunkan itu mula bergema.
Ragu ragu Jungkook mengambil telefon pintar tersebut. Berita hangat yang sedang digempar gempur sekarang sudah berleluasa menjadi tumpuan media.
"Apa kamu nak buat dengan ni! Eomma dah pesan. Kalau nak berfoya, jangan sampai keterlaluan atau boleh mencemarkan nama syarikat!"
KoreaBuu : [VIRAL] Tersebar gambar seorang pengarah syarikat produk kecantikan terkenal Golden Group. Tekan link di bawah.
Itulah yang dipaparkan oleh media.
Gambar Jungkook bersama dengan perempuan perempuan seksi.
Lelaki itu menggigit bawah bibirnya, geram. Tidak tahu pula ada yang sanggup mengekori dia semata mata untuk jatuhkan nama baik syarikat ni.
"Jungkook, seorang pengarah syarikat tak boleh ada skandal. Care.co Group sentiasa perhatikan kesalahan kita untuk mereka maju. Kamu nak patahkan usaha eomma?!"
Care.co Group merupakan syarikat produk kecantikan kedua terbaik di Korea Selatan merangkap pesaing ketat Golden Group. Mereka sering mengambil peluang yang ada untuk merebut tempat pertama di mata masyarakat Korea.
Mungkin ini jalan kotor yang terbaik untuk mencela nama Golden.
"Kamu tahukan mereka nak rosakkan pelancaran produk terbaru kita?" tangannya menghentam meja. "Sekarang ni syarikat dalam masalah disebabkan kecuaian kamu."
"Eomma menyesal percaya kamu. Terlalu bagi banyak kebebasan. Semua tugas bukannya kamu yang buat! Kamu hanya perlu jaga pelabur dan tingkah laku sahaja, itu pun susah?" semua sakit hatinya diluahkan.
Jungkook menunduk memandang lantai, "Joseonghamnida, eommonim."
"Kenapa ada undang undang dan polis kalau semua kesalahan boleh dihapus dengan perkataan maaf?"
Lelaki itu makan ayat yang sama.
"Eomma terlalu bagi kamu kebebasan. Mulai harini eomma nak kamu yang urus semua masalah."
Mata lelaki itu membulat, "E..Eommonim! Janganlah macam ni! Kook tak suka buat kerja yang menyakitkan otak ni, jebal eo?" dia merayu sepenuh hati.
Wanita itu berdecit, "Kamu yang timbulkan masalah. Kamu lah yang akan tanggung. Arraseo?"
**************
Fuh.
Ada suara lantang yang menganggu kami bekerja. Aku tak senang duduk bila tengok pejabat Jungkook, mesti teruk dia kena marah sebab gambar dia dah tersebar. Cermin tingkap berubah gelap, jadi aku tak tahu apa yang berlaku dekat dalam sana.
"Habislah kita." kata Jeonghan.
"Kan, ini antara punca ranking Golden Group akan jatuh. Berpesta lah Care.co, dah haus tempat pertama." sambung Sungjae.
So Eun mula mencelah, "Mana lebih untung? Dapat bos handsome dan famous atau bos yang gila kerja dan berguna?"
"Handsome, famous." untuk pertama kali Min Ju bersuara.
Wajahnya masih sama sahaja, ketat tiada senyuman. Akhirnya aku dapat dengar suara dia.
Kami semua serentak berdiri apabila Jeon hwejangnim sudah keluar dari pejabat Jungkook, dengan gaya feminin dan serius.
"Ah, hati hati di jalanan hwejangnim." kata Seo eonnie.
Wanita itu berhenti lalu menilik wajah kami satu per satu dengan raut bengisnya yang menggerunkan.
"Kerja keras." pesannya ringkas kemudian berlalu pergi.
Apabila sudah tidak kelihatan bayang wanita itu kami semua merengus keluhan lega untuk entah kali ke berapa sebab terlalu gugup.
"Fuh, macam malaikat maut bai. Bila bila masa jantung aku boleh berhenti tadi." kata Jeonghan seraya menepuk dadanya berulang kali.
Telefon pejabat yang berada di meja aku berdering. Pantas aku mengangkatnya.
"Nae, Byun Kyu Ri bercakap."
"Bos kau."
"N..nae sajangnim!"
"Masuk. Bawak band-aid. Now."
"N..nae algesseumnida!"
_____________________
Comments (0)
See all