• • • • • • •
Setibanya di hospital aku langsung berlari ke arah nurse yang bertugas. Nafas aku stabilkan dahulu sebelum memulakan bicara.
"Saya penjaga pesakit nama Kim Seok Jin. Dia dekat wad mana sekarang?"
"Oh sebentar ya."
Bawah bibir aku gigit perlahan. Terketar ketar kerisauan. Bagai nak gugur jantung aku jadinya apabila mendengar berita buruk ni.
"Oh dia ada dekat sana, katil yang paling hujung cik." kata jururawat itu.
Dengan tenang aku menarik nafas sedalamnya lalu menyeka peluh dengan hujung lengan. Berjalan disepanjang katil orang sakit lalu menjumpainya.
Ya, dia terbaring di situ. Buat hati aku luluh tak terkata.
Perlahan lahan aku menghampirinya. Ada jururawat yang sedang menulis laporan sesuatu.
"Oh cik wakil dia ya?"
"Y..Ya saya."
"Mujurlah dia simpan nama cik dekat favourite. Senang kami nak hubungi. Mesti cik ni teman wanita dia kan? Jangan risau, dia cuma pengsan disebabkan terlalu lelah dan kurang gizi. Bila dia sedar dia dah boleh balik."
Aku tersenyum kelat dan janggal, "A..Ah.. nae. Kamsahamnida."
"Pesan dekat dia supaya rehat dengan cukup ya."
Akhirnya nurse itu pergi. Aku kembali menatap lelaki yang sedang terbaring ini. Tangannya aku raih ragu ragu.
"Gwaenchana, Kyu ada dekat sisi sunbae."
Wajahnya aku tilik penuh kebimbangan. Lama seperti tiada noktah. Tangan aku naik menyentuh rambutnya pula, dikuak dengan lembut.
Tiba tiba dia memberi maklum balas dengan menggerakkan jari jemarinya.
"E..eoh. Sunbae.. gwaenchana?"
Lelaki itu mencelikkan kelopak matanya perlahan lahan, jelas wajah aku memenuhi ruang matanya.
"Kyu..Ri."
"Nae sunbae. Kyu dekat sini. Sunbae ada rasa sakit dekat mana mana ke? Nak Kyu panggil doktor?"
"Jangan gelabah." ucapnya dengan suara yang serak basah. Itu cuma ayat penegas yang dia selalu pesan dekat aku.
"Arraseo.."
Lelaki itu memicit dahinya. "Pergi."
"Nae?"
"Palli ga." halaunya lagi.
Hati aku bagai kaca yang dihempas kuat ke lantai. Namun aku masih tersenyum kepadanya menandakan tak ada yang aku perlu kecil hati.
"Gwaenchana, Kyu akan tunggu sampai sunbae rasa okay."
"Pergi." dia mula memalingkan wajah.
"Sunbae.."
Dia cuma diam membisu lalu memejam rapat kelopak matanya. Tidak mahu bertatapan dengan aku, langsung.
"Sunbae masih sayangkan Kyu kan? Jebal, kita boleh baiki hubungan kita eo? Sunbae cerita apa yang salah dan Kyu akan berusaha lebih lagi." pujukku.
Sekali lagi aku memalukan diri. Tapi jujur, aku masih tak dapat padam nama lelaki ini dalam hati aku.
"Tak ada pertanyaan peribadi."
Keluhan aku hela perlahan, "Sunbae, langsung tak ada rasa apa apa?"
Dia diam lagi.
"Ini.. pertanyaan terakhir Kyu. Sunbae, betul betul nak Kyu lupakan sunbae?"
"Nae."
Air mata aku mengalir, bawah bibir aku gigit menahan tangis supaya tidak kedengaran seperti aku sedang menderita di sebelahnya sekarang.
Setelah nafas kembali tenang aku mula bersuara, "Arraseo, jaga diri. Kyu, sentiasa harap sunbae dapat penuhi cita cita sunbae dan berjaya di masa akan datang."
"Kyu, pergi dulu." ucapan selamat tinggal terakhir yang aku luahkan sebelum pergi meninggalkan lelaki itu sendirian.
Sedikit pun dia tidak peduli atau menoleh.
**************
Soju yang barusan dibeli aku teguk seraya merengus kuat. Berhadapan dengan sungai Han sekarang merupakan tindakan yang tepat. Fikiran aku bercelaru dan gundah.
Cuma angin yang menemani malam.
Langit sudah berubah gelap. Dapat aku lihat ramai pasangan, keluarga dan kanak kanak di sini. Riang ria.
Dalam diam aku masih mengalirkan air mata.
Air mata yang tak pernah berakhir untuk lelaki bernama Kim Seok Jin. Lelaki yang aku sayang, cinta pertama aku yang baik hati. Perwatakan dia luar biasa, tapi dia berubah tiba tiba.
Pandangan sungai kini menjadi huluran blazer.
Mata aku membulat kemudian menoleh ke kiri. Sekelip mata aku bangun lalu menunduk hormat kepadanya.
"Sajangnim!"
Jungkook melabuhkan punggung pada bangku tersebut seraya menyilangkan kaki panjangnya. Sempat dia menghela keluhan yang sengaja untuk beri aku dengar.
Tangan aku bercantum sopan dan masih setia berdiri.
"Kyaa. Berani kau duduk sini dengan tenang, minum Soju, menangis lagi, dan buat aku hampir jadi makanan singa?"
"J..Joseonghamnida! Saya menyesal!"
"Buat apa ada undang undang dengan polis kalau semua kesalahan boleh ditebus dengan perkataan maaf. Eo?"
Pandangan aku cuma tanah. Langsung tidak berani untuk bersemuka dengan wajah sendu begini. Yaish, pabo Byun Kyu Ri. Ini kali kedua terjadi!
"S..Saya sanggup.."
"..Buat apa sahaja?" Jungkook menyambung.
Bawah bibir aku ketap risau. Aku memang lahir untuk timbulkan masalah ke.
"Duduk,"
Ragu ragu aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Jari jemari aku lagakan. Takut. Ya, situasi sekarang memang menakutkan.
Blazer miliknya digerakkan lagi.
"N..nae?"
"Lap air mata kau."
Bibir aku menggeletar, entah kenapa aku menangis persis budak yang diambil gula gulanya. Tak tahu kenapa tapi hati aku terlalu lemah untuk lawan perasaan aku sekarang.
"Y..Yah. Kau menangis lagi?"
Aku tidak menjawab namun teresak esak menahan hati yang terluka kerana seorang lelaki yang sama.
Jungkook mengeluh, "Aigu." dia membuka blazer yang berada di riba aku lalu mengadang seperti pertama kali kami berjumpa.
Aku dilindung sebalik blazer lelaki yang tidak lagi asing. Air mata masih tidak menandakan dia mahu berhenti. Sedu sedu tetap menghabiskannya.
Lelaki itu menjengah di balik baju tersebut, "Dah?"
Kepala mengangguk sendu.
Pantas Jungkook melipat semula blazer tersebut dengan rapi.
Apabila kami saling bertatapan, dia melayangkan jarinya pada dahi aku.
Pap!
"Aw! Sakitlah!" aku menggosok dahi yang berdenyut. Pedih seh.
"Hukuman."
Bibir dimuncung, "Mianhae..." ucapku perlahan.
"Untung betul lelaki tu. 'Bekas' teman wanita dia sanggup ambil risiko untuk dibuang kerja semata mata nak jumpa dia tapi masih berakhir dengan air mata? Huh."
Lengan baju Jungkook aku cubit, "Tolong.. jangan pecat saya."
Lelaki itu memandang aku, "Sekarang kau dah sedarkan siapa yang akan selamatkan masa depan kau?" sempat dia tersengih.
Aku menunduk seraya melagakan jari. "Nae.."
Lama Jungkook menatap aku dengan jengkel.
"Ugh, malam ni kau dilepaskan. Aku akan marah kau esok. Arraseo?"
______________________
Comments (5)
See all