• • • • • •
"Wahh, jinjja ippeuda! Untung! Selalunya Min Ju yang jadi sekretaris palsu Kook sajangnim. Tapi kali ni Byun Kyu Ri! Jeongmal daebak." kata Aera penuh teruja.
Petang, tepat hari sebelum majlis makan malam syarikat bermula dan kami sudah bersiap siap. Entah kenapa tapi aku rasa jantung aku berdegup laju, seperti ada yang tidak kena.
"Min Ju tu memang pendiam ke?"
Aera tersengih, "Maja, dia memang pendiam gilos. Jangan kecik hati kalau dia jarang bercakap. Dia tu ramai jadi gilaan jejaka jugak. Tapi tu lah, perangai dia tu ehe dingin betul."
Kepala mengangguk faham. Mungkin sebab tu Jungkook tak nak Min Ju jadi sekretaris dia?
"Oh ya Aera, majlis macam ni memang wajib hadir ke?"
"Kau boleh dapat peluang untuk dipecat tau sebab Hwejang (pemimpin) akan datang nanti. Kau kena bertegur dengan dia, arraseo?"
Bawah bibir aku ketap, "Daebak, idola aku tu. Madam Jeon hwejangnim, semua yang dia hasilkan tak pernah mengecewakan. Terkenal pulak tu, malangnya lahirkan anak macam.." aku tidak menyambung.
"Yaaa, hati hati dengan idola kau tu. Sekelip mata dia boleh ngaum!"
Kami berdua meletuskan tawa.
Tapi tengok dalam TV pun muka dia garang gilos.
Aku memakai anting anting yang menjadi pelengkap terakhir. Anting anting desain hati berkilau yang berwarna silver. Semua barang mewah yang aku pakai dipilih oleh Jungkook. Macam mana dia boleh jadi lebih mahir daripada perempuan? Cih.
"Omo, cantiknya earrings tu." puji Aera.
"Gurae? Aku pun suka."
"Mesti mahal namatey."
Aku bersandar pada dinding, "Itulah. Lagipun lepas majlis ni aku akan pulang semua sekali. Aih, menggigil tahu tak pakai barang barang mahal macam ni."
Aera mula tertawa, "Uri sajangnim pilih ikut taste dia. Tapi kira beruntung dia tak suruh kau pakai baju yang mendedah."
"Kalau dia suruh sampai nak cekik aku pun aku tak nak tau! Tapi ya tak ya juga, dia tu kan international playboy."
"Eh, dah pukul berapa ni. Jom gerak, kena lapor kehadiran dekat Seo eonnie."
Telefon berdering, pantas aku gapai. Bibir aku terbuka luas sehingga hampir tersentak ke belakang melihat nama pemanggil.
"Wae? Wae? Nugu?" Aera tersengguk sengguk melihat. Lalu mata dia turut membulat besar.
Jelas nama pemanggil Kim Seok Jin.
"Lek lek! Tarik nafas dan jawab!"
Aku melakukan seperti yang disuruh, lambat lambat jari aku menyentuh skrin lalu diletak pada telinga kanan.
"Yeoboseyo?"
"Ah, cik Byun Kyu Ri. Kami dari Hanyang University Hospital. Boleh tak datang sekarang untuk jadi wakil pesakit bernama Kim Seok Jin. Dia tak sedarkan diri."
"B..bwo? Tak sedarkan diri?"
"Ya, ada pelajar temukan dia pengsan dalam makmal. Segera ya cik."
Panggilan ditamatkan. Lutut aku longgar selepas mendengar berita tersebut, sempat Aera mendukung tubuh aku.
"Yah, waegurae?"
Pantas aku menggapai tas tangan, bingkas berjalan laju menuju ke pintu rumah.
"Yah! Nak pergi mana!"
"A..Aku ada urusan. Kau pergi dulu eung? Nanti aku sampai!"
"Yah Byun Kyu Ri!"
**************
Dewan dipenuhi dengan hidangan dan pegawai pegawai Golden Group. Mereka terlihat kemas dan feminin. Maklumlah nama pun pengeluar produk kecantikan, jadi semua wajib memberi penekanan dalam bergaya.
Kepala Jungkook tersengguk sengguk mencari bayang Kyu Ri yang tidak muncul. Dia mendesis sendirian memikirkan si gelabah seorang itu.
"Cih, aku pulak yang nak kena cari dia." rungut Jungkook dalam diam.
Jungkook mendekati pegawai dari pejabatnya.
"Seo noona, Kyu Ri mana?"
Wanita bernama Seo Ho berusia 29 tahun itu turut meliarkan bola matanya di sekeliling sudut. Lengan gadis bernama Aera ditarik lembut.
"Aera, tak datang dengan Kyu Ri?"
Aera berpaling lalu menunduk kepada mereka berdua. Jungkook sudah mula mendepang bibir seraya berpeluk tubuh menanti jawapan dari sahabat Kyu Ri.
"Ah, sepatutnya dia datang dengan saya. Tapi tiba tiba ada emergency case dekat rumah tadi. Jadi dia suruh saya pergi dulu."
"B..bwo? Pergi dulu?" kejut Jungkook.
Seo eonnie menunduk maaf bagi pihak Kyu Ri. Dia sahajalah wanita yang menjaga si pencetus masalah itu.
"Joseonghaeyo, rasanya majlis akan mula sekejap sahaja lagi. Noona akan minta Min Ju untuk duduk sebelah kamu, eo?" lembut bicaranya.
Raut wajah Jungkook berubah geram. Walhal dia sudah beri amaran keras, tetapi tetap berani untuk mengambil risiko.
"Aera, telefon Kyu Ri. Jigeum." arah lelaki itu apabila memikirkan Min Ju yang akan mengganti gadis polos itu.
Aera tergesa gesa mengangguk lalu mengeluarkan telefon pintar miliknya, nama Kyu Ri ditekan langsung bersambung dalam talian.
"T..Telefon dia mati."
Bertambah membuak buak api kemarahan Jeon Jungkook.
"Ada apa berkumpul dekat sini." suara kecil yang tidak asing, muncul seorang wanita yang dihormati ramai bersama pengawalnya dibelakang.
Pantas mereka yang disekitarnya menunduk hormat, termasuk Jungkook. Madam Jeon Hwejang, merupakan nama besar dalam industri produk kecantikan. Dihormati dan disayangi penduduk Korea Selatan.
"Ah, panggapseumnida hwejangnim." mereka mula memberi salam.
"Tak ada apa apa eommonim." jawab Jungkook lalu memeluk bahu emaknya itu untuk dibawa pergi.
Jungkook menoleh ke belakang lalu memaparkan riak muka agar menyuruh Min Ju untuk berada disamping dia sekarang.
Seo Ho menunduk faham.
Aera pula menggaru kepalanya, "Yaish, michin saram Byun Kyu Ri."
___________________
Comments (0)
See all