• • • • • •
Aku disuruh macam macam. Antara contoh yang aku dapat bagi sekarang adalah aku disuruh untuk pegang barang barang yang dibeli oleh Jungkook.
Tak lain tak bukan mesti untuk perempuan yang dia 'date'. Cih.
"Aduh," aku mengurut bahu. Akhirnya dapat lepaskan semua tali beg dekat lantai sebaik sahaja kami berdua tiba di gedung pakaian.
Jungkook memilih beberapa helai gaun. Kemudian dia hulur ke arah aku.
"Pergi cuba."
"Nae?"
"Jigeum." arahnya lalu duduk di sebuah kerusi.
Bila dia tak nampak aku buat gaya nak tumbuk, terajang, dan tarik rambut dia. Geram!
Nak tak nak akhirnya masuk ni dah baju kelima aku cuba dan bila keluar lelaki tu cuma pandang sekilas lepas tu geleng.
"Penatlah. Boleh tak awak pilih betul betul."
"Arraseo. Ambil yang baju pertama."
WHAT?
Hidung aku kembang kempis, rasa nak balik bom dekat dia sekarang juga! Malu dengan si pekerja ini pun satu hal, diaorang bersungguh menyembunyikan senyuman.
Jungkook menuju ke kaunter lalu membayar.
Dengan sabar aku menukar semula ke baju asal. Sebenarnya aku masih marah dan perlukan barang untuk melempar sekarang.
"Gila. Gila. Gila."
Setia mengekori lelaki ini dari belakang. Tersengguk sengguk sendirian mengangkut barang.
Selesai meletakkan semua barang dekat dalam kerusi kereta belakang. Akhirnya aku berpeluang untuk meregangkan badan.
Pantas aku memasuki perut kereta apabila Jungkook dah hidupkan enjin. Ish sengaja!
"Semua tu kau punya." ucap Jungkook.
Mata aku membulat, "NAE? S..Semua tu? Waeyo?"
"Dengar. Hujung minggu ni akan ada makan malam syarikat. Semua pegawai yang bekerja wajib hadir. Aku tekankan sekali lagi, kau kena datang dan pakai semua barang tu."
"G..Geundae wae?"
"Ugh, kau nak aku pasangan dengan Min Ju? Tak akan terjadi. Never." Jungkook menggeleng seram sejuk.
Aku cuba cuba ingat. Choi Min Ju. Perempuan cantik yang duduk tepat sebelah meja aku dekat pejabat. Si pendiam yang menakutkan.
Kenapa Jungkook tolak perempuan seksi macam tu dan pilih aku? Ee!
"Apa.. maksud awak eh sajangnim pasangan?"
Jungkook menoleh sekilas, "Listen, aku pengarah syarikat. Aku kena ada sekretaris yang akan sentiasa dekat sebelah aku."
"Then?"
"Aku rasa kau dah tahu rumor yang aku jarang datang kerja. Jadi jawatan tu lama kelamaan tak berguna dan dilucutkan. Sekarang, aku pilih kau untuk jadi sekretaris aku. Faham?"
Dan apa paling jelas sekarang ni, aku pegang dua jawatan dalam satu masa?
Cihh.
"Kenapa saya?"
"Tak nak ke? Hmm gurae kalau macam tu aku tiba tiba teringat kejadian dekat dalam kereta ni."
Mata aku terbuntang luas.
"YAH!"
*************
Kembali ke pejabat, sendirian. Jungkook tinggalkan aku kemudian pergi tanpa alasan. Ya, ya, memang senang hati betul jadi pengarah. Cih.
Aku langsung tak sempat nak merasa pergi tempat tempat menarik dalam syarikat besar ni disebabkan oleh DIA.
Nasib baiklah majikan. Isk.
Malang memang dalam kasut.
Disebabkan ini je peluang yang ada sekarang, cepat cepat aku menuju ke cafe. Jatuh rahang dengan keindahan dan keunikan tempat ni. Ada beberapa produk keluaran syarikat yang dipamerkan dalam kaca di sepanjang jalan.
Walaupun aku kerja dekat sini, aku cuma mampu beli pencuci muka je produk Golden dari syarikat ni. Mahal hm.
"Iced americano satu."
"Dua."
Aku menoleh ke sisi, "Eoh, awak!"
Lelaki itu turut memandang, kemudian tersenyum lebar.
"Yah, berjumpa juga kita." ucapnya manis.
Dia lelaki yang aku jumpa masa beli perfume tu. Adakah ini takdir? Omo omo aku tak boleh nak tahan senyum lagi!
"Joseonghaeyo, Tae kwajangnim (general manager). Ini laporan bulan lepas. Saya kena keluar sekarang ada meeting." seorang pekerja mencelah kami.
Lelaki itu mengangguk lalu menyambutnya.
Sedangkan aku terkebil kebil dungu.
"K..Kwajangnim?" aku terus menunduk hormat. "Joseonghamnida. Saya tak tahu."
Lelaki bernama Tae menggeleng. "Gwaenchana, awak bukan dalam kumpulan saya. Panggil sunbae."
Aku mengangguk dengan hati senang, "Sunbae.. algesseumnida!" kami tertawa halus.
"Dua iced americano."
"Tak apa, sunbae bayar." dengan gaya gentle lelaki itu menghulurkan kad miliknya.
Huwa! Kenapa aku tiba tiba rasa semangat nak kerja walaupun kena buli dengan Jungkook biawak tu.
"K..Kamsahamnida." aku menunduk sedikit.
Dia menilik kad identiti aku yang tergantung pada leher, "Byun Kyu Ri. Eoh, dalam group Jungkook."
"Nae majayo."
Sekejap, bila disebut nama Jungkook aku jadi teringat DThree.
"Kim.. Taehyung.. sunbaenim?" aku meneka.
Lelaki itu tersenyum sebelum menyumbat straw ke dalam mulutnya, "Bingo."
Oh My God.
Aku rasa bertuah sebab dah dapat jumpa ahli DThree yang aku paling teringin nak jumpa selain Park Jimin merangkap cinta hati Aera.
"Kerja elok elok." sempat Taehyung menyentuh rambut aku sebelum pergi meninggalkan cafe.
Kerja elok elok.
Kenapa jantung aku berdegup laju semacam ni?
__________________
Comments (1)
See all