• • • • • •
Aera mengurut belakang badan aku. Lega. Tapi aku rasa ini hari pertama kerja yang mencabar.
Aku seorang acai Jeon Jungkook. Disebabkan kesalahan aku malam tu. Yaish!
"Yah, kau sebelum ni kenal ke dengan bos kita tu? Apa cerita sebenarnya ni? Jangan cakap kau pernah jadi salah satu baju yang dia pakai?!"
Maksud baju disini adalah 'perempuan'.
"Ish gila ke! Mana ada! A..Aku cuma pernah terserempak dengan dia sebelum ni." aku terbaring lelah.
Aera membetulkan posisi duduknya, dia seperti berfikir sesuatu.
"Hati hati dengan DThree tu. Bahaya tau." kata Aera.
"Kau pun suka salah seorang ahli dia kan? Pesan diri sendiri."
"Hmm, arra. Tapi aku cuma boleh tengok dia dari jauh. Oh! Park Jimin ku! Anggota paling comel, pipi dia homegat mochi moshie."
"Park Jimin, Jeon Jungkook, lagi sorang?"
"Kim Taehyung."
Aku mengangguk faham.
Aih, aku harap Jungkook last datang kerja untuk 4 atau 5 bulan akan datang. Aku tak sanggup nak ikut dia ke sana ke mari. Dia betul betul gunakan aku pasal rahsia malam tu.
Dasar kejam.
"Oh ya, yang kau kata ada sorang yang bukan perangai liar tu siapa?"
"Ofcourse Kim Taehyung. Dia ni pendiam sikit, tak layan yeoja sangat, pandai, untung betul kalau dapat satu group dengan dia. Baik hati pulak tu. Siapa je tak tergoda." cerita Aera dengan penuh perasaan.
Tiba tiba rasa teringin nak berjumpa dengan Kim Taehyung. Perwatakan dia mesti berbeza.
Agak agak telefon dia mesti satu je.
"Huwa, kenapa penat aku tak hilang lagi." rungutku seraya meregangkan tubuh.
"Pelik aku tiba tiba dia datang. Jangan risau, dia cuma datang kerja ikut suka hati. Kadang kadang hampir setengah tahun pun pernah tak masuk kerja."
"Hiks, aku harap dia tak datang langsung lepas ni. Tapikan, kalau dia tak kerja, siapa yang urus bahagian dia?"
"Seo eonnie lah siapa lagi, dia antara yang paling berpengalaman dalam kumpulan tu tau. Semua tugas pengarah dia yang uruskan tanpa pengetahuan orang luar."
"Ahh, arraseo. Maksudnya, ini pun antara rahsia syarikat ni lah kan?"
Aera memetik jari, "Maja, Jungkook boleh kena tindakan disiplin kalau benda ni kantoi. Sebab tu kau pun kena tutup mulut."
**************
Sejam sebelum waktu kerja aku singgah dekat mall bersebelahan syarikat. Tujuannya untuk belikan Aera hadiah. Bukan apa, gaji aku lambat lagi masuk. Jadinya segan dengan dia.
Aku melihat setiap jenis perfume. Ada beberapa yang aku sembur pada pergelangan tangan.
Wangi.
Sesaat aku cuba untuk mengambil satu satunya perfume yang tinggal, ada tangan lain yang turut bertindak sama.
Kami berpandangan.
"E..Eo, tak apa awak ambil." ucap aku.
Lelaki itu tersenyum, "Gwaenchana, ambillah. Awak suka perfume?"
Aku menelan perit liur, lelaki ni terlalu handsome sampai ganggu pandangan aku dan anak tekak untuk bersuara.
"T..Tak. Saya nak belikan untuk chingu."
"Ahh, nama perfume ni Bloom Acqua Di Fiori. Diambil inspirasi bunga bungaan segar. Haruman dia mampu memikat tau. Banyak jadi pilihan wanita sekarang." jelasnya.
Aku tak mampu nak fokus sebab terlalu khusyuk tilik muka dia.
"Awak.. kerja sini ke?"
Lelaki itu tertawa halus, "Hmm, agak agak dah layak tak?"
Aku turut tertawa mendengar alasannya, "Gurae. Penelitian awak boleh buat pelanggan jatuh cinta. M..Maksud saya, jatuh cinta dengan perfume ni."
Dia tersenyum sebelum meninggalkan aku sendirian. Tak lepas sepasang mata aku melihatnya sehingga tiada lagi bayang.
"Omo! Dah lambat!"
***************
"Annyeonghasimnika." aku memberi ucapan salam kepada mereka sebaik sahaja tiba.
"Pagi Kyu Ri. Sajangnim suruh awak masuk pejabat dia." kata Sungjae yang sedang berputar dengan kerusi roda dia.
"BWO? T..Tak," aku berdehem. "Sajangnim masuk kerja?" nada diperlahankan.
So Eun menepuk bahu aku perlahan, "Ya, kitaorang pun dah habis terkejut masa dia masuk tadi. Tak pernah pernah tau."
"Kyu Ri, himnae." Jeonghan mengusik.
Pantas aku meletakkan tas dan perfume yang aku barusan beli di atas meja. Rambut aku betulkan lalu menarik nafas sedalamnya.
Okay tenang, kau boleh Byun Kyu Ri! Hwaiting!
Aku mengetuk pintu pejabat, sebelum masuk dalam keadaan ragu ragu.
"Annyeong.. haseyo. Sajangnim. Ada apa apa yang boleh saya bantu?"
Jungkook mengangkat kepalanya dari meja, mata dicelik berulang kali. Rambut dia kusut masai, tapi dengan rupa yang sempurna macam tu tak jadi masalah besar.
"Eo, kau lambat."
Aku menunduk, "Joseonghamnida. Saya ada urusan sikit tadi." bawah bibir aku ketap perlahan. Risau.
"Aiguu, bos pun datang lagi awal dari pekerja. Macam mana ni." Jungkook buat nada kesal seraya menyelak beberapa halaman sebuah dokumen.
Aku menunduk sekali lagi. "Joseonghamnida. Lepas ni saya tak akan lambat lagi! Saya akan buat apa sahaja."
Aish pabo! Kenapa kau sebut lagi ayat tu wahai Byun Kyu Ri?!
Seperti yang dapat dijangka, Jungkook tersenyum lebar.
"Betul ni? Choa, ikut aku." dia menggapai coat hitam miliknya lalu disarung pada tubuh.
Teragak agak aku mengikut pergerakan dia.
"C..Chakkaman. Ikut pergi mana?"
Dia cuma tersenyum palsu sebelum mengorak langkah keluar.
______________________
Comments (0)
See all