• • • • • •
Semua orang melihat aku yang sedang berdiri tepat di hadapan pintu pejabat Jeon Jungkook sajangnim. Ya, bos ataupun majikan aku.
"Hwaiting!" Jeonghan memberi semangat dengan nada perlahan.
Dengan muka cemberut gerun aku mengangguk. Selamatkan lah aku, jebal.
Perlahan lahan tombol pintu aku tekan ke bawah, menguak dengan besar tubuh aku lalu masuk ke dalam.
Lelaki itu duduk di sebuah kerusi besar yang selesa, aku mencuri lihat nama di atas mejanya. Jelas Jeon Jungkook.
"S..Saya.. dekat sini."
Jungkook tersenyum nakal. Senyuman yang bagaikan banyak erti. Dia ke salah seorang ahli DThree paling muda tu? GILA.
"Hi, macam mana? Hati okay?"
Aku tak silap orang.
Okay okay tenang Kyu Ri, anggap je perkara memalukan tu tak pernah berlaku! Aku menangis macam orang gila semalam, aish!
"O..Okay."
"Mengagumkan. Tak sangka kita jumpa, mesti takdir kan? Syarikat ni besar, tapi kau dalam kumpulan aku. Hari ni tiba tiba aku teringin nak datang setelah berbulan bulan. Tup! Dapat jumpa pegawai baru." dia tertawa halus.
Persis tawa malam tadi.
Haish, aku rasa aku boleh gila kalau lama lama dekat dalam ni.
Lelaki itu berpeluk tubuh seraya menaikkan kakinya bersilang di atas meja.
Tapi, dia ke lelaki salah seorang ahli DThree yang bukan biawak I mean, playboy?
"N..Nae, mungkin.." aku menjawab dengan nada janggal.
"Hmm, agak agak kalau tersebar gosip pegawai baru menangis sendu depan pub baru lepas putus cinta macam mana? Menarik tak?"
Aku mendekati mejanya, "T..Tak! Tak menarik! Jebal sajangnim! Saya nak kerja lama dekat sini. S..Saya sanggup buat apa sahaja!"
Jungkook mengangguk seraya tersengih lebar.
"Maja, itulah yang aku nak dengar. Sanggup buat apa sahaja. Menarik kalau macam tu jalan cerita dia, ada rahsia antara kita."
Lelaki gila.
Gila, gila. Huwa! Semalam aku punyalah berterima kasih dekat dia. Tapi kenapa sekarang benda ni jadi dekat aku?! Wae?
"Joseonghamnida. Saya akan jaga tingkah laku." aku menunduk separa tubuh.
"Gwaenchana, semalam kau bukan pekerja aku. Kita cuma orang yang tak saling kenal. Guraechi?"
Teragak agak aku mengangguk. Biawak!
Lagi bagus kalau kita langsung tak pernah kenal.
"Nae, majayo." perlahan aku membalas.
"Kau boleh keluar, aku nak tidur." halaunya.
Aku menunduk sekali lagi, "Nae, kamsahamnida."
Dengan lagak tenang aku berjalan menuju ke pintu keluar, bibir aku terkumat kamit mencarut dekat diri sendiri.
Sesaat aku menyentuh tombol pintu,
"Oh ya," lelaki itu memanggil.
Aku menoleh ke belakang, "Nae?"
"Aku tak sempat nak ucap terima kasih untuk hadiah malam tadi." dia mengenyitkan sebelah matanya ke arah aku untuk kali kedua.
Cepat cepat aku keluar dari pejabat tu.
GILA. Aku nak, nak nangis!
Tangan aku naik mengetuk kepala aku berulang kali. Terduduk rebah pada lantai, lutut aku longgar.
"Eoh! Kyu Ri-ah! Kau okay tak?"
*************
Tengkuk aku urut perlahan. Walaupun aku terganggu dengan situasi sekarang tapi aku tetap jalankan tugas.
"Kami pergi makan siang dulu!" kata salah seorang pekerja yang aku belum hafal namanya tu.
"Eung nae!"
Mereka semua rapat sangat, harap harap aku cepat kamcing dengan diaorang.
Aku dengar bunyi pintu pejabat, kepala aku rendahkan dan nampak Jungkook tengah berjalan keluar. Mesti dia pun dah kebulur, cih bukannya buat kerja pun!
"Jom Kyu?" ajak Aera seraya mengemas mejanya.
"Kaja."
"Kau." Jungkook menunding jari ke arah aku.
Semua orang tengok kami berdua, dan sekali lagi jadi tumpuan. Tubuh aku membeku dengan bola mata yang terkebil kebil dungu.
"N..Nae sajangnim?"
"Ikut aku."
Selepas cakap macam tu Jungkook dengan tenang menyeluk tangannya ke dalam poket seluar lalu berjalan pergi.
Rahang aku jatuh, "Dasar gila biawak." cemuh aku perlahan.
"Tak sangka kau dapat perhatian lelaki tu! Hakhak! Habislah!" Jeonghan mengusik kuat setelah Jungkook keluar.
"Huwaa eotthoke."
Aera mengusap bahu aku perlahan, "Gwaenchana, kau nak kerja lama kan? Ikut je cakap dia, dia jarang tau masuk pejabat. Himnae!"
Aish, dia memang sengaja nak buli aku ke!
"Isk, arraseo. Mianhae Aera-ah tak dapat makan sama sama. Pergi dulu!"
"Nae, Kyu hwaiting!"
**********
Sekarang kami berdua berada di sebuah restoran mewah. Aku tak pernah datang sini sepanjang aku bernafas dekat muka bumi.
Jungkook menongkat dagu, dengan muka tak ikhlas seraya menyelak menu.
Lambat lambat aku turut menyelak menu. Gila, MAHAL. Peh harga dua kali ganda. Ya ampun macam mana nak pilih ni.
"Em jjigae satu ."
Si pelayan mencatit, "Cik?"
"Err, sama."
Pelayan itu menunduk seraya mengambil semula menu kami.
Tiba tiba Jungkook mengeluarkan beberapa buah telefon pintar yang mahal dari dalam sebuah beg galas hitam miliknya.
"Daebak,"
Jungkook menyusun satu per satu telefon tersebut di atas meja. Ada empat buah.
"Dengar baik baik, telefon pertama cuma untuk panggilan daripada eomma aku. Sentiasa jawab aku dalam pejabat dan kerja. Telefon kedua, cuma untuk perempuan perempuan yang aku date. Jawab aku sibuk, then end call."
Aku mengangguk setiap butir bicara dia dan simpan dalam kepala sebaik mungkin.
Sah.
Dia memang biawak, I mean playboy. Cih, memang tepat dengan dalliance.
"Telefon ketiga, untuk lelaki lelaki tua yang melabur saham. Kalau dorang ajak meeting atau jumpa cakap jadual aku padat." jarinya menunjuk telefon ketiga.
Kepala aku anggukkan tanda faham.
"Dan terakhir, telefon keempat ni jarang. Cuma ada contact kawan kawan lama. Kalau ada yang telefon, bagitahu aku. Jelas?"
"Nae! Algesseumnida!"
Jungkook berpeluk tubuh lalu mendongak, tanda menyuruh aku mengambilnya. Pantas aku turutkan lalu dimasukkan ke dalam tas tangan.
Agak agak telefon 'utama' dia tu ada nombor siapa je? Cih, nombor eomma dia sendiri pun tak letak dekat telefon tu?
"Eo, hyung. Dekat luar. Makan."
Jungkook menjawab satu panggilan dari telefon yang satu satunya ada pada dia.
Bila difikirkan balik, kenapa aku kena turut perintah dia? Kerja aku kan dekat pejabat je? Cih, lari kontrak! Mentang mentang lah pegang rahsia.
"Jemput makan." si pelayan menghidangkan makanan.
Aku telan perit liur, "Uwah." pantas aku meragut chopsticks lalu memasukkan sesuap ke dalam mulut. "Hmm, sedapnya!"
Jungkook menamatkan panggilan.
"Eo dah. Jom, kita kena pergi."
GILA.
________________
Comments (0)
See all