• • • • • •
"Kau yakin ni okay? Kalau tak aku bagitahu eonnie Seo yang kau tak dapat datang hari ni. Kau boleh mula esok."
Aku mengangguk, "Jangan risau. Gila ke nak ambik cuti hari pertama kerja? Aku segan tau duduk rumah ni kalau tak hulur duit. And, kau pun tahukan aku semangat nak kerja dalam company tu?"
Aera menghela keluhan. Aku tahu dia bimbang dengan kejadian yang menimpa aku malam tadi.
Tiba tiba ditinggalkan oleh namja-chingu tanpa sebab yang utuh. Gwaenchana, mungkin dia rasa terbeban. Kau boleh Kyu!
"Yah, aku dah anggap kau keluarga. Apa nak segan? Aku lagi bimbang perasaan kau tu tahu tak." Aera menyentuh bahu aku.
"Mungkin dia nak aku buktikan aku boleh hidup tanpa dia? Takkan aku nak mengalah? Ya, aku sakit sangat. Tapi gwaenchana eo?"
Do Ae Ra.
Beza beberapa bulan lebih tua daripada aku dengan angka umur yang sama.
"Aiguu, arraseo. Kalau hati kau tiba tiba rapuh. Roger roger."
Aku tertawa seraya mengangguk kepala. Kami berdua meneruskan perjalanan ke syarikat Golden. Sebuah syarikat terkenal di Seoul yang mengeluarkan produk kosmetik.
Tak sabar. Teruja.
Untungnya semalam aku menangis sepuas hati dan luah segalanya dengan lelaki asing tu. Lega sangat.
Kad identiti diri yang tergantung pada leher aku lihat, tertulis Geum (Golden) Company. Pegawai. Byun Kyu Ri serta gambar kecil aku.
"Gembiranya dia." Aera mengusik.
Aku tersengih, "Dah lama aku berimpian nak kerja dekat sini. Harap semuanya okay."
"Jangan risau aku ada eo?"
Senyuman manis diukir.
"Wahh, hilang semua duka lepas tengok tempat ni!" ucap aku sebaik sahaja menapak masuk ke dalam syarikat yang mewah dan bersinar itu.
"Okay, let's start. Dekat sini kau bebas untuk buat apa sahaja. Cafe dekat bahagian kanan sana, dobi, gym, semua ada. Bebas untuk gunakan."
Aku mengangguk jakun.
"AGH! DTHREE!"
"Dthree?" sebutku perlahan.
Semua gadis mula berkerumun di suatu tempat iaitu pintu masuk yang berlainan dengan kami berdua.
Aera menggeleng perlahan seraya berpeluk tubuh.
"Ya DThree. D bermaksud Dalliance, kau automatik akan kenal atau boleh terperangkap dengan mereka. Macam aku."
Aku memetik jari, "Oh! Kau pernah cerita pasal lelaki yang kau suka tu kan?! DThree.. patutlah aku boleh sebut dengan lancar."
"Hehe, maja. Salah seorang ahli dia ada dekat sebalik kerumunan gadis tu."
"Famous boleh tahan. Tapi, apa maksud Dalliance?" aku tersengguk sengguk cuba untuk menangkap wajah figura tersebut dari jauh.
"Dalliance, playful flirtation ataupun cinta yang ringkas dan tak kekal. Dorang memang terkenal sebagai penggoda dengan memiliki rupa rupa yang mewah tu."
Aku mengangguk laju, menyuruhnya untuk sambung.
"Malangnya, dorang cuma tukar perempuan macam baju. Tak akan ada yang boleh bersama dengan mereka. Tapi walaupun perangai dorang macam biawak, tetap jadi pujaan gadis gadis." terang Aera.
"Maksudnya senang cerita, playboy?"
"Bingo. Tapi ada sorang ahli dia tak macam tu. Em tak payahlah ke sana, nanti kau akan tetap tahu muka dorang. Jom naik."
"Daebak," kagumku.
Aera tersengih, "Guraechi? Pangkat dorang dalam syarikat ni tinggi, tinggi gila. Termasuk uri sajangnim (pengarah)."
"Uri sajangnim?"
"Yup, dia antara salah seorang ahli DThree dan paling muda. Pengarah kumpulan kita."
Aku khusyuk dengar setiap perincian daripada Aera sehingga kami tiba di tingkat di mana pejabat aku akan bekerja.
Huwa! Cantik gila tempat ni!
"Sebelum tu, yeorobun ini pegawai baru kita. Perkenalkan diri." ucap Aera mengalih tumpuan mereka.
Aku tersenyum seraya menunduk separa tubuh semangat.
"Annyeonghaseyo! Byun. Kyu. Ri. imnida! Banggapseumnida!"
Mereka menepuk tangan kemudian tersenyum meriah ke arah aku. Setelah kami berkenalan, aku duduk di meja yang telah diberi.
Choa, setiap hari aku akan duduk dekat sini.
Hi meja, aku akan penuhkan hari kita dengan kenangan. Muah.
Aku melihat pejabat pengarah yang cuma berhadapan dengan aku. Tingkapnya jelas menampakkan betapa kosongnya bilik tu.
"Em, sajangnim.. tak datang ke? Saya nak lapor kehadiran kali pertama." aku menegur rakan sebelah aku.
Nama dari kad identiti diri, Choi Min Ju. Gadis feminin dan seksi. Jelas luar biasa. Kulit cantik, bibir mungil menawan, mata yang menggoda, perfect.
Tapi nampak macam pendiam.
"Jaranglah sajangnim datang kerja, kalau bangunan ni roboh pun aku rasa dia tak kisah. Boleh kira guna jari tau kehadiran dia, kau nak try? Tapi jap, okay pelik hari ni dia datang." kelam kabut dia larikan diri.
Lain tanya, lain yang menjawab.
Si penjawab itu pula Yoon Jeonghan. Cantiknya dia walaupun lelaki.
Eh sekejap!
Pantas aku menoleh ke belakang. Terlihat tampaknya semua sudah bangun untuk menyambut kehadiran seseorang. Ya, dia si pengarah yang disebut sebut.
Tergesa gesa aku bangun lalu menunduk hormat,
"Annyeonghaseyo, Byun Ky..AWAK?" rahang aku jatuh.
DIA. DIA.. LELAKI SEMALAM!
Semua orang mula melihat kami berdua. Sedangkan aku masih terkejut, langkah aku terundur beberapa tapak ke belakang.
Aku, aku jamin dia orang asing yang aku tak akan jumpa lagi.
TAMBAHAN LAGI, aku.. cium dia.
Dia, dia..
"Aw baby, annyeong Jeon. Jungkook. imnida." dia mengenyitkan sebelah mata, menusuk jantung aku.
"Ah, joseonghamnida. Dia pegawai baru kumpulan kita, Byun Kyu Ri." Seo eonnie meminta maaf bagi pihak aku.
Apa aku patut buat? Bunuh diri? Tepat.
Kepala aku tundukkan bersama tangan yang disilang. Serba salah.
"Aww, pegawai baru. Minta Byun Kyu Ri untuk masuk pejabat saya." ucap lelaki itu.
Aku cuma pandang kasut dan tak naikkan muka langsung! Gilaa! Gilaa!
"Algessumnida sajangnim." balas Seo eonnie.
Lelaki itu melewati aku, sempat aku dengar dia tersengih penuh makna.
Aku, memang patut bunuh diri.
___________________
Comments (0)
See all