• • • • •
Aku berdebar, rasanya jantung aku macam nak gugur sebab teruja sangat. Entah kenapa, mungkin sebab dah hampir 3 bulan aku tak berjumpa dengan dia.
Teman lelaki aku, Kim Seok Jin.
Kami bercinta sejak zaman di universiti. Dia seorang sunbae yang baik hati dan prihatin. Sikap dia buat aku jatuh cinta, bahkan rupa dia digelar worldwide handsome.
"Lama ke tunggu?"
"Sunbae!" tanpa hiraukan apa apa lagi aku mendakap tubuh hangatnya.
"Eo, Kyu Ri-ah jangan peluk dekat sini."
Pertama kali, dia menolak pelukan aku dan tentulah aku malu gila sekarang tahap nak celup muka dalam tepung.
Gwaenchana, mungkin dia penat. Jangan buat muka sedih kau Kyu! Semangat!
"Sunbae nak makan apa? Kita order."
Dia melagakan jari jemarinya, terlihat bimbang persis ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
"Waegurae sunbae? Ada apa apa ke yang tak kena? Sunbae tak suka tempat ni? Kita boleh pergi tempat lain." aku bertanya.
"Kyu Ri, dengar baik baik. Sunbae cuma akan cakap sekali."
Aku mengangguk laju berselitkan senyuman, "Eung, cakaplah. Kyu dengar."
"Sunbae nak hentikan hubungan kita."
Senyuman aku kian memudar, tidak secerah sebelumnya. Bola mata aku terketar sendiri, seperti ada sesuatu yang menikam dada aku sekarang.
"S..Sunbae, waeyo? K..Kyu ada salah apa apa ke? Jebal sunbae. Kita boleh bincangkan? a..atau sekarang ada sesuatu yang mengganggu fikiran sunbae? Jebal.."
"Tak ada. Tak ada yang salah atau mengganggu. Ini kehendak. Sunbae memang tak nak teruskan hubungan dengan Kyu lagi. Lupakan semuanya."
Aku tertawa, "Lupakan? Lupakan semuanya? Kalau semudah bercakap, tak akan ada luka dalam dunia ni."
"Kalau macam tu rawat luka tu sendiri."
Sekali lagi, aku ditumbuk dengan kata kata yang tak pernah aku terbayangkan keluar dari mulut lelaki itu. Lelaki yang aku sayang selama ni.
Aku meraih tapak tangannya, "Sunbae ragu ragukan? Jebal sunbae, kita dah bersama 2 tahun. Dah rancang nak menikah. Kenapa tiba tiba sunbae nak hentikan hubungan ni?"
Tak mengalah, aku jadi perempuan yang memalukan. Iaitu memujuk.
Bagi aku kehilangan dia lebih berat.
"Geumanhae eo? Semuanya dah jelaskan? Jangan pernah toleh belakang, teruskan kehidupan. Geureom."
Dia meleraikan pautan tangan yang bersatu. Beg galasnya digapai lalu dengan tenang menapak keluar dari kedai. Meninggalkan aku sendirian.
Mengalirkan air mata.
**********
"Lelaki gila, sendu, memalukan.." tersedu sedu aku menahan tangis. Duduk bersila di hadapan sebuah pub.
Tiba tiba kasut aku berubah menjadi huluran tangan. Perlahan lahan kepala aku mendongak ke atas, seorang lelaki mengukir senyuman.
"Hey?"
"Nak apa."
Dia merendahkan tubuhnya, mencangkung di hadapan aku seraya memeluk lutut.
"Tak molek tau perempuan menangis tengah malam dekat sini. Tak takut ke?"
"Saya lebih takut awak."
Lelaki itu tertawa, "Okay fine." tiba tiba dia melepaskan blazer kelabu miliknya.
"YAH! Apa awak nak buat ni! Dasar pervert! Gila! Miang! Lelaki gi—" mulut aku diterkup kemas dengan telapak tangannya.
"Shh," dia meneruskan niatnya dengan mengadang aku menggunakan blazer tersebut setelah melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Teruskan, aku akan lindung supaya tak ada yang nampak."
Mula mula aku lambat nak hadam ayat dia. Tapi lama kelamaan aku faham apa yang dia suruh buat.
Ya, menangis.
Disebabkan tersentuh, dan kembali teringat kenangan manis bersama Seok Jin sunbae akhirnya aku menangis lagi. Lebih teruk.
"Kenapa.. kenapa dia tinggalkan saya sedangkan saya tak ada buat salah! S..saya tak pernah paksa dia atau desak dia." hingus dihambur keluar.
"Kau kena tinggal?" lelaki asing itu tertawa.
Walaupun aku tak nampak muka dia disebabkan blazer ni tapi jelas aku dengar dia gelak. Jilake.
"Y..ya. Saya tak percaya kalau dia.. yang akan tinggalkan saya. Hiks, kalau ya pun jelaskan lah sebab! Saya tak tahu salah saya dekat mana, tapi saya percaya dia tak akan buat macam ni tanpa sebab."
"Nasib kita sama."
Bola mata aku terkebil kebil. Nasib sama?
"Awak kena tinggal jugak ke?"
"Pernah."
Bibir aku kunci. Rupanya dia pun pernah alami perkara yang sama.
"Saya, sayang dia. Sangat sangat. Walaupun kena berjauhan, saya yakin dia tetap setia dengan saya. Dia memang dilahirkan untuk jadi lelaki yang macam tu."
Lengan blazer lelaki itu aku tarik lalu menyeka air mata aku yang membasahi pipi. Tanpa dia tahu.
"Dah lah sopan, penyayang, pandai, lembut je kalau bercakap. T..Tapi, semuanya hancur dalam tiga saat." aku kembali meraung.
"Gila. Ada lagi perempuan yang percaya lelaki." kedengaran dia tertawa halus lagi.
Aku tersenyum kecil, "Saya dah rasa lebih baik sekarang. Awak dah tak payah lindung lagi."
Perlahan lahan dia menurunkan blazer lalu dilipat dengan kemas.
"Tak sejuk?"
"Kau nak aku pakai blazer bekas air mata kau?"
Ohhh, dia tahu. Hm.
Lelaki ni, mesti kaya. Rupa dia pun boleh tahan handsome. Pakat ada perempuan keliling pinggang, confirm. Tapi dia ada hati yang hangat.
"Kyaaa, semua dah berakhir."
Entah kenapa aku rasa hati aku lega sangat. Dapat luah semua yang aku rasa, menangis di balik lindungan seorang lelaki asing yang aku tak pernah kenal.
"Dah jom, aku hantar kau balik."
Tanpa membantah, aku menurut.
Cih, betul sangkaan aku. Kereta mewah ni memang milik dia. Selesa, nyaman.
Sebaik sahaja tiba di hadapan apartment aku menanggalkan tali pinggang keselamatan. Wajah lelaki tanpa nama itu aku tilik.
"Thanks, jaga diri."
Berani. Perkataan yang boleh jelaskan keadaan aku sekarang. Dagunya aku raih lalu menguncup pipinya sekilas.
Mata lelaki itu terkebil kebil dungu.
"B-Bye!"
____________________
Comments (0)
See all